Kejohanan Sukan Kolaborasi Sekolah Dalam Pangkalan TLDM dimeriahkan dengan kehadiran YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia

Kejohanan Sukan Kolaborasi Sekolah Dalam Pangkalan TLDM dimeriahkan dengan kehadiran YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia

Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!




Rasa bertuah hari ini apabila program sukan kolaborasi sekolah-sekolah dalam pangkalan TLDM turut dimeriahkan dengan kehadiran YB Fadhlina Sidek Menteri Pendidikan Malaysia, Tn. Hj Azman Adnan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, En. Zainuren Hj Mohd Nor, Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Dato' Mohamad Fauzi Mahson , Pengarah Pendidikan Negeri Perak dan Tn. Hj Musa bin Hamid , Pegawai Pendidikan Daerah Manjung. Kesemua delegasi diiringi oleh Dato' Anuar Mohamed , Panglima Pendidikan dan Latihan TLDM bersama para pegawai tertinggi TLDM.


Di sini sejarah tercipta, lazimnya kita dapat jumpa menteri di majlis-majlis rasmi namun pada kali ini rezeki warga sekolah di dalam Pangkalan TLDM Lumut apabila YB Fadhlina sudi meluangkan masa singgah dan beramah mesra. Alhamdulillah tahun ini banyak gambar kenangan bersama pegawai tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia melalui pelbagai program yang diikuti seperti Persidangan Edufluencers dan Program AZAMAT KPM.


Terima kasih kerana meluangkan masa berkunjung ke SK Pangkalan TLDM Lumut dan beramah mesra dengan warga pendidik di sini. Semoga dapat bersua lagi.









 
BACA JUGA :

🔴 Siaran langsung temu bual Selamat Pagi Malaysia, RTM bersama Cikgu Suffi dan Cikgu Zuly

🔴 Siri Perkongsian Ilmu Blogger bersama Cikgu Suffi dan rakan-rakan

🔴 Youtuber Pendidikan mengorak langkah membuka tirai tahun 2023

🔴 Jom sertai kami! Panggilan untuk semua penyedia konten pendidikan di Malaysia.




Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top