Scripts Atur Cara Robot Penjaga Air Tanaman | mBlock | Arduino Uno | RBT Tahun 6

Scripts Atur Cara Robot Penjaga Air Tanaman | mBlock | Arduino Uno | RBT Tahun 6

Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!





Selamat membina robot penjaga air tanaman dengan menggunakan kombinasi aplikasi mBlock dan Arduino Uno. Semoga susunan blocks ini dapat membantu murid untuk mencuba dan mengubahsuai mengikut kehendak masing-masing. Selamat maju jaya!



RBT makin menyeronokkan apabila murid dapat berkarya menggunakan imaginasi sendiri bagaimana mencipta sesuatu yang mampu memudahkan urusan seharian kita. InsyaAllah pada masa hadapan lebih banyak produk elektromekanikal yang mampu dihasilkan oleh anak tempatan hasil daripada mereka dari sekolah rendah bermain dengan 'coding'. 

Papan mikro pengawal Arduino Uno kini.lebih mudah dengan adanya Shield yang semestinya memberi jalan pintas untuk kita memahami perjalanan setiap block yang kita susun. 

Bertindak sebagai sensor untuk menghantar maklumat kepada papan mikropengawal untuk kehadiran aliran iaitu mengandungi air atau tidak. 

Boleh juga gunakan klip buaya dan paku untuk penerangan yang lebih jelas kepada murid.


Kombinasi menarik yang terdapat pada shield menjadikan proses pengaturcaraan lebih menari. Diantara item yang ada seperti suis, buzzer, infra red, sensor cahaya, sensor suhu, sensor kelembapan dan banyak lagi boleh ditambah mengikut kesesuaian projek. 


Kredit :  Cikgu Basri Bakar




Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Post a Comment

To Top