Perihal

Perihal

Siapa Cikgu Suffi?

1. Menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Selama, Serdang, Kedah
2. Melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Madrasah Ittihad Al-Wataniah, Bukit Aping, Serdang, Kedah.
3. Melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah atas di Sekolah Menengah Kebangsaan Serdang, Kedah.
4. Melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
5. Menyambung pengajian mengambil Kursus Perguruan Lepasan Ijazah di IPG Kampus Tuanku Bainun.
6. Pernah berkhidmat sebagai 'Pereka Grafik' di sebuah syarikat swasta.
7. Pernah menguruskan syarikat pengiklanan dengan pengkhususan pembangunan dan pengurusan laman web perniagaan dan korporat.
8. Memiliki sedikit ilmu grafik, animasi, dan pengaturcaraan laman web.
9. Seorang guru yang obses dengan dunia ICT dan Teknologi Dalam Pertanian.
10. Kini sedang berkhidmat sebagai Guru Penyelaras Bestari yang berkhidmat di SK Pangkalan TLDM 1, Lumut Perak.
11. Memenangi Anugerah Pingat Emas dalam "International Virtual Expo Of Innovation Product And System Design 2021" Anjuran Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrikal, Universiti Malaysia Perlis. - 22 November 2021.
12. Pemenang Anugerah Top 25 Guru Inspirasi Mc Donald's 2022 - Universiti Malaysia Kelantan, 14 Mei 2022.
13. Johan Anugerah Guru Ikon Pendidikan Maya Peringkat Negeri Perak - Universiti Pendidikan Sultan Idris, 19 Mei 2022.
14. Menerima Anugerah 'Best Video - Information Scientist' dalam National PTPM 2022 Poster Competition, Persidangan Tahunan Perpustakaan malaysia 2022, 25-27 Mei 2022.
15. Johan Anugerah Guru Ikon Pendidikan Maya Peringkat Daerah Manjung - 25 Jun 2022.
16. Menerima Anugerah Pingat Emas dalam National Innovation & Invention Competition 2022 ( Special Award & Gold Award ) anjuran Universiti Tun Hussein Onn, Malaysia
17. Menerima Anugerah Pingat Emas dalam Pertandingan Inovasi KOLOPEM BM 2022 Anjuran IPG Kampus Bahasa Melayu, Kampus Gaya dan Kampus Tun Hussein Onn, 20-21 Julai 2022
18. Terpilih sebagai Edufluencer Kementerian Pendidikan Malaysia, Tamu Hotel & Suites , Kuala Lumpur, 28-30 Oktober 2022.
Sedikit maklumat berkaitan diri Cikgu, semoga perjalanan ini menjadi saksi dan panduan kepada anda betapa ilmu itu semakin di cari semakin banyak yang kita masih tidak ketahui. Jangan sesekali berhenti, teruskan mencari dengan apa cara sekalipun kerana ianya pasti bermanfaat. Mungkin bukan sekarang, tapi pada masa akan datang.

Salam perkenalan.

Catat Ulasan

To Top