Anugerah Ikon Guru Pendidikan Maya Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Anugerah Ikon Guru Pendidikan Maya Jabatan Pendidikan Negeri Perak



DI LUAR JANGKAAN!

Sememangnya apa yang berlaku adalah diluar jangkaan. Saya tidak pernah membayangkan untuk menerima apa-apa anugerah daripada mana-mana pihak kerana sebelum ini saya tidak cenderung untuk masuk bertanding dalam apa-apa peluang dan ruang yang dibuka sehinggakan diminta sertai oleh Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah Manjung. 

Tn. Syed Rujhan, Pn. Parimalah, Pn.Faazila, Cik Nisa dan ramai lagi dari USTP dan unit-unit lain menjadi Mentor untuk saya menyertai pertandingan untuk kategori Guru Ikon Pendidikan Maya 2022. 

Alhamdulillah JOHAN, terasa seronok bila dapat naikkan nama sekolah dan nama daerah dalam majlis sambutan hari guru yang dianjurkan secara gilang gemilang di Universiti Pendidikan Sultan Idris pada hari ini. Terima kasih semua, barisan pentadbiran sekolah, pemimpin di peringkat PPD, JPN dan KPM. Tanpa sokongan anda semua, guru biasa ini tidak mampu untuk menyertai apa-apa peluang yang dicipta untuk mencungkil bakat terpendam guru-guru di Malaysia.  

Belum habis kegembiraan menang Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2022, disambut pula dengan anugerah Guru Ikon Pendidikan Maya peringkat negeri Perak. Teruja, Terharu dan Berterima kasih di atas kurniaan yang diberikan dengan izin Allah s.wt. Semoga segalanya menjadi permulaan yang baik untuk terus menyemai bakti demi dunia pendidikan tercinta. 




Bergambar kenangan bersama warga pendidikan daerah Manjung yang menerima anugerah pada hari ini. Anda semua hebat! Manjung Hebat! saya sekadar menumpang aura positif dan kehebatan kalian untuk teruskan perjalanan dalam dunia pendidikan. Tabik! 


Terima Kasih Tn. Guru Besar, En. Rohaizan Bin Mohamed Hanif yang sentiasa menyokong dunia pendidikan digital di peringkat sekolah. Tidak kurang ilmu ICTnya untuk terus membudayakan penggunaan ICT dalam PDPC di sekolah. Semoga dipermudahkan. 



6 Ahli Akademi Youtuber Guru Malaysia naik pentas yang sama!

Tahniah juga buat semua #AdikBeradikAYU yang berjaya mendapat anugerah untuk kategori masing-masing, ada juga yang bersaing di dalam kategori yang sama namun kedudukan itu tidak sekali menjauhkan jalinan ukhwah diantara kami malah lebih merapatkan ukhwah yang hampir 2 tahun dijalinkan secara maya sebelum ini.







Segala Anugerah ini milik Allah untuk kita nikmati buat sementara waktu, Terima kasih tidak terhingga buat Isteri tercinta dan anak-anak yang sentiasa memberi sokongan untuk terus menyumbang kepada dunia pendidikan di Malaysia. Semoga segala amal kebaikan yang dilakukan bermanfaat untuk semua seterusnya menjadi bekalan untuk kita semua di akhirat kelak. Terima Kasih semua!
Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top