18 Ahli Akademi Youtuber terpilih untuk Edufluencer 2.0 Kementerian Pendidikan Malaysia!

18 Ahli Akademi Youtuber terpilih untuk Edufluencer 2.0 Kementerian Pendidikan Malaysia!

Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!






Di Akademi Youtuber kita tidak berlumba, tetapi kita mengembara bersama!

Perkara ini dibuktikan dengan kebersamaan kami menyertai misi pencarian Edufluencer 2.0 yang dianjurkan oleh PADU, KPM pada tahun ini. 

Alhamdulillah, 18 Orang Guru dari Akademi Youtuber terpilih dalam misi pencarian pada kali ini. Jumlah yang agak besar daripada jumlah keseluruhan 100 orang terpilih pada tahun ini. Walaupun ada yang tidak terpilih bukan bermaksud tidak layak sebaliknya hanya belum sampai giliran. 

Kami di Akademi Youtuber tidak berhenti untuk memastikan setiap ahli mampu untuk memiliki apa yang telah kami miliki malah lebih menggembirakan sekiranya para ahli dapat mencapai sesuatu yang lebih besar selepas ini. 

Semoga kesemua yang telah bergelar Edufluencer dapat menjalankan amanah sebagai warga pendidik, sentiasa menyumbang membangunkan potensi guru dan murid seterusnya kita mewujudkan suasana sejahtera untuk dunia pendidikan yang dicintai. 

Jutaan terima kasih kepada Yb Dato Hj Pkharuddin Ghazali , Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia  kerana sudi meluangkan masa untuk bersama Edufluencer dalam majlis makan malam yang diadakan di Hotel Tamu, Kuala Lumpur pada 29 Oktober 2022. Tidak lupa Team PADU yang sangat Awesome! 

Pn. Azzatullina Pawanchik
Pn. Afiza Binti Aksan
Tn. Shafizul Azmil Bin Jaafar
Tn. Mohamad Izzudin Bin Amdan
Pn. Siti Fatima Mohamed Yusop
Dr. Nita @ Siti Raudhah binti Amri
Datin Rosliza Rosli

anda memang hebat! 

Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top