Majlis Apresiasi Guru Perak 2023 ~ Anugerah Guru Akademi Youtube

Majlis Apresiasi Guru Perak 2023 ~ Anugerah Guru Akademi Youtube

Jutaan terima kasih kepada YBhg Dato' Mohamad Fauzi Mahson  Pengarah Pendidikan Perak atas anugerah dan pengiktirafan yang diberikan kepada para Youtuber Pendidikan kelahiran Akademi Youtuber Malaysia - AYU . 

Terima kasih buat warga Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Pn. Siti Norhaidza Adura kerana memberi ruang dan peluang untuk kami terus menyumbang bakti di peringkat negeri.

Terima kasih buat warga Sektor Pembelajaran, Pn. Hajah Bainah Nina Abdolah yang banyak memberi tunjuk ajar untuk gerak kerja Edufluencers KPM di negeri Perak. 

Terima kasih Tn. Hj. Musa, Pegawai Pendidikan Daerah Manjung yang sentiasa memberi sokongan di peringkat daerah dan En. Rohaizan, Guru Besar SK Pangkalan TLDM yang sentiasa memberi dorongan kepada semua guru untuk berikan yang terbaik dalam perkhidmatan. 

Buat semua #AdikBeradikAYU , sudah pasti pengiktirafan ini menjadi kenangan yang terindah apabila kerja keras anda memartabatkan dunia pendidikan digital sejak pandemik melanda negara sehingga hari ini diraikan dalam sebuah majlis yang sangat bermakna. Sehingga kini, 26,000 video pendidikan telah berjaya diterbitkan dan 7,031 sesi tuisyen percuma yang bersiaran secara langsung direkodkan.


Didoakan negeri-negeri lain juga akan memberi pengiktirafan kepada Youtuber Pendidikan di negeri masing-masing, anda adalah permata setiap negeri yang perlu dimanfaatkan kepakarannya. 

Ejai Rizal Linn Zack Qarah Yenny Chee Farrah Wahilda V-na Vin Agila Themmedu Felicia Komathy Ja Mal Lee Yu. Fatin, Yu. Yiet Im dan ramai lagi. 


Tahniah Jabatan Pendidikan Negeri Perak di atas penganjuran Majlis Apresiasi Guru 2023 yang gilang-gemilang. Sebuah lipatan kenangan yang pasti tidak akan lekang dari ingatan. Terima Kasih. 

#edufluencersperak
#kitaterusmara
#akademiyoutuber 
#dutakomunitidigitalperak

BACA JUGA :

🔴 Siaran langsung temu bual Selamat Pagi Malaysia, RTM bersama Cikgu Suffi dan Cikgu Zuly

🔴 Siri Perkongsian Ilmu Blogger bersama Cikgu Suffi dan rakan-rakan

🔴 Youtuber Pendidikan mengorak langkah membuka tirai tahun 2023

🔴 Jom sertai kami! Panggilan untuk semua penyedia konten pendidikan di Malaysia.

Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top