Anugerah Guru Ikon Pendidikan Maya Peringkat Daerah Manjung 2022

Anugerah Guru Ikon Pendidikan Maya Peringkat Daerah Manjung 2022





Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!

Seterusnya... Anugerah Guru Ikon Pendidikan Maya Peringkat Daerah Manjung 2022. Anugerah demi anugerah diterima pada tahun 2022. Sesungguhnya sesuatu yang tidak pernah saya sangka akan menerima kesemua anugerah-anugerah hebat ini. Perancangan Allah sentiasa menjadi rahsia untuk kita manusia biasa tafsirkan. 

Jika bercucuk tanam, inilah hasilnya yang mampu dituai. Namun, saya tidak menyangka apa yang ditanam berbuah dengan begitu cepat. Sesuatu yang luar biasa dalam hidup ini. 




MEMBENTUK 'POSITIVE CIRCLE' 

Sejak April 2010 saya telah berusaha untuk membentuk komuniti positif dengan menghimpunkan guru-guru seluruh negara yang saling menyumbang dari pelbagai aspek khususnya berkaitan kerjaya. Satu perjalanan yang agak lama sehingga negara berdepan dengan pandemik Covid-19 bermula satu episod baru apabila komuniti yang dibentuk kian mengembang dan menerima begitu banyak sambutan dari kalangan guru seluruh negara. 




KEJAYAAN YANG SEBENAR DATANG BERTUBI-TUBI

Menerima anugerah itu sudah pasti satu perkara yang menyeronokkan, namun bagi saya ada lagi yang lebih seronok daripada itu apabila saban hari sentiasa mendengar rakan-rakan guru positf yang bersama menjadi sukarelawan di Akademi Youtuber turut menerima anugerah yang sama di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan untuk kategori masing-masing. Ini melambangkan guru-guru Youtuber berada di landasan yang betul untuk meningkatkan kualiti penyampaian ilmu masing-masing. Setiap kali mendengar berita tentang kejayaan mereka, saya lah insan yang paling gembira kerana sebagai seorang guru, saya dan rakan-rakan yang bertungkus lumus mencungkil bakat guru-guru ini sehingga mereka berjaya dinobatkan sebagai ikon di negeri masing-masing. InsyaAllah semoga Allah berikan kekuatan kepada saya untuk mencapai misi peribadi untuk melahirkan 1,000 youtuber pendidikan yang berjaya menyertai Youtube Partner Program. Itu matlamat saya yang diteruskan sehingga kini.

InsyaAllah lebih ramai akan menerima anugerah-anugerah khas ini pada tahun hadapan berikutan boleh dikatakan kesemua youtuber AYU memiliki kelebihan dan kekuatan masing-masing untuk bergelar johan di negeri masing-masing. Akan berlaku satu fenomena yang luar biasa dalam dunia pendidikan digital apabila kita akan melihat lebih ramai guru-guru hadir di atas pentas daerah, negeri dan kebangsaan dari semasa ke semasa nanti.. insyaAllah. 




























































Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top