Guru Inspirasi McDonald’s | Iktiraf 25 Guru ‘Luar Biasa’

Guru Inspirasi McDonald’s | Iktiraf 25 Guru ‘Luar Biasa’


Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!
25 orang guru dengan kisah yang paling memberi inspirasi akan menerima wang tunai RM5,000 setiap seorang, sebuah trofi dan sijil penghargaan.

Setiap guru berhak mendapat penghargaan di atas usaha dan pengorbanan yang mereka berikan kepada kita. Dan inilah masanya untuk kita melakukannya.

Calonkan Guru Inspirasi Anda :



Terima kasih McDonald's Malaysia menganjurkan majlis yang sangat gilang gemilang meraikan 25 orang guru pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2022. 



Terima kasih juga buat semua media tempatan yang membuat liputan meluas untuk majilis gilang gemilang ini. Semoga semuanya menjadi kenangan terindah dalam perkhidmatan untuk dijadikan sumber inspirasi buat diri sendiri dan orang lain dalam terus berkarya untuk dunia pendidikan digital di Malaysia. 


Terima kasih buat semua #AdikBeradikAGI22 yang sangat positif sudi menyampaikan ucapan buat semua insan istimewa yang mencalonkan kita. Hebatnya sumbangan anda semua jauh jika ingin dibandingkan dengan sedikit pengorbanan yang saya lakukan. Hebatnya mereka yang terdetik hati untuk mencalonkan kita kerana di Malaysia kita miliki ratusan ribu guru yang hebat namun untuk pencalonan perlukan mereka yang HEBAT! untuk mencalonkan guru masing-masing. Tanpa pencalon, anugerah ini tidak mampu dimenangan. Terima kasih semua yang mencalonkan kami!


Terima kasih tidak terhingga juga kepada Astro Awani menyiarkan sedikit ucapan daripada saya berkaitan pengenalan kepada Akademi Youtuber Apps yang banyak membantu guru-guru dalam memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran sepanjang tempoh pandemik Covid-19 melanda negara baru-baru ini. Sehingga kini aplikasi ini terus digunakan oleh guru kerana apps ini memiliki senarai lengkap video pdpc bermula dari Pra Sekolah hingga Matrikulasi yang diterbitkan oleh lebih 1,000 Youtuber di bawah naungan Akademi Youtuber Guru Malaysia. 

Terima Kasih semua! Guru Malaysia Hebat!






Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top