MyOPR Generator ~ Cipta 'One Page Report' anda hanya dalam beberapa saat!

MyOPR Generator ~ Cipta 'One Page Report' anda hanya dalam beberapa saat!


Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!
Alhamdulillah berbaki 23 hari lagi sesi uji lari penggunaan MyOPR Generator akan berakhir. Semuanya dalam keadaan stabil sehingga hari ini dengan beberapa penambahbaikkan yang telah dilakukan. 


Sistem ini dibangunkan untuk memudahkan rakan-rakan guru dan penjawat awam yang terlibat dengan pembinaan OPR untuk setiap program yang dijalankan di peringkat sekolah atau jabatan dapat menyiapkannya dengan cara paling pantas dan menyeronokkan. 

Para pengguna hanya perlu memuat naik 3 gambar berkaitan program, mengisi maklumat yang berkaitan seterusnya menjana 'One Page Report' dalam bentuk fail berformat .pdf untuk dikongsikan kepada para pentadbir. Hanya dengan tindakan pantas ini dapat menjimatkan masa untuk berfikir tentang aplikasi, rekabentuk, grafik, peranti dan lain-lain yang ada ketika boleh jadi membebankan sehingga akhirnya tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang singkat. 

Sistem yang dibangunkan telah dipastikan mesra para pengguna dari peranti Mobile mahupun komputer meja. Memandangkan situasi semasa yang ramai memiliki lebih masa dengan peranti mobile daripada komputer meja membawa kepada penghasilan sebuah sistem yang tidak memerlukan para pengguna membuka komputer masing-masing sebaliknya hanya siapkannya dari telefon pintar masing-masing. 

 Walaupun pada ketika ini sistem ini terdapat beberapa kelemahan seperti template grafik yang terhad dan rekabentuk susunan gambar dan maklumat yang tidak pelbagai, namun kesemuanya akan dapat diatasi dalam versi-versi yang akan datang. MyOPR Generator akan sentiasa ditambah baik supaya menjadi sebauh sistem yang lebih dinamik dan interaktif dari semasa ke semasa. 

Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam sesi uji lari dan memberi maklum balas berkaitan ralat. InsyaAllah kesemua maklum balas berguna dapat diatasi dari semasa ke semasa. Kepada yang boleh mencuba sistem ini boleh berbuat demikian melalui pautan berikut :

https://gurucemerlang.com/MyOPR2/
 
BACA JUGA :

🔴 Siaran langsung temu bual Selamat Pagi Malaysia, RTM bersama Cikgu Suffi dan Cikgu Zuly

🔴 Siri Perkongsian Ilmu Blogger bersama Cikgu Suffi dan rakan-rakan

🔴 Youtuber Pendidikan mengorak langkah membuka tirai tahun 2023

🔴 Jom sertai kami! Panggilan untuk semua penyedia konten pendidikan di Malaysia.




Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top