Terima Kasih YB Fadhlina Sidek ~ Terima Sijil Khas Menteri Pendidikan di Persidangan Edufluencers KPM 2023

Terima Kasih YB Fadhlina Sidek ~ Terima Sijil Khas Menteri Pendidikan di Persidangan Edufluencers KPM 2023

Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!



Jutaan terima kasih buat YB Menteri yang sudi meluangkan masa bersama kami guru-guru Malaysia dalam Persidangan Edufluencers KPM 2023. Kehadiran YB Menyampaikan Sijil Khas kepada kami semua akan menjadi satu kenangan terindah sepanjang berada dalam perkhidmatan. 

Persidangan pada kali ini pengisiannya padat dengan informasni terkini dan memberi ruang kepada kami untuk berkenalan dengan lebih ramai pegawai-pegawai di peringkat KPM. Semoga jaringan yang dibina ini akan memberi impak positif khususnya dalam dunia pendidikan digital di Malaysia. 


Ini dia ahli kumpulan POSITIF, untuk persidangan kali ini kami berjaya terbitkan video yang mendapat tepukan paling gemuruh! hehe... 


Tidak lepaskan peluang bergambar bersama Tuan Haji Azman Bin Haji Adnan, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM



Lagi! Selepas di Melaka kita sambung pula di Klang, bergambar kenangan bersama Dr. Ahmad Rafee Bin Che Kassim, Timbalan KPPM Sektor Dasar dan Kurikulum. 


Akhirnnya, dapat juga bersua muka dengan Big Boss BSTP, KPM Tuan Zainal Bin Abas yang Menyampaikan input berkaitan Guru Peneraju Generasi Digital pada persidangan kali ini. 


Budak sekolah mana lah ni... ceria semuanya! 

Bergambar bersama tuan Nazri dan pemilik rahsia teknik membaca pantas iaitu Cikgu Faridah Salleh


Jom join, pencarian Esufluencers 3.0 sedang dibuka! Ayuh! 


Terima kasih juga buat seluruh warga Pejabat Pendidikan Daerah Manjung yang sentiasa memberi sokongan terhadap minat guru-guru di dalam daerah ini untuk berkarya. Warga SK Pangkalan TLDM khususnya barisan pentadbir yang sangat membantu serta rakan-rakan guru yang positif. 

BACA JUGA :

🔴 Siaran langsung temu bual Selamat Pagi Malaysia, RTM bersama Cikgu Suffi dan Cikgu Zuly

🔴 Siri Perkongsian Ilmu Blogger bersama Cikgu Suffi dan rakan-rakan

🔴 Youtuber Pendidikan mengorak langkah membuka tirai tahun 2023

🔴 Jom sertai kami! Panggilan untuk semua penyedia konten pendidikan di Malaysia.




Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

1 Ulasan

To Top