Kejohanan sukan sekolah sangat mudah dengan SukanPro360
2 Minggu yang agak padat berakhir jumaat lepas..
Cuma tahun ni ambil angin di bidang lain pulak, selalu jadi photographer dan videographer... kali ini menyahut cabaran SU Sukan kita duduk pula di bahagian statistik.
Sebulan sebelum event beritahu SU kali ni kita 100% paperless... kami bangunkan sendiri satu sistem yang diberi nama SukanPro360 yang membolehkan semua maklumat pemenang dan keputusan setiap acara dihubungkan hanya pada satu server dan setiap ajk yang terlibat sentiasa mendapat data terkini, cepat dan yang paling penting tepat!
Hanya satu doa di saat setiap acara sedang berlangsung, Janganlah server down. Alhamdulillah setakat ini keupayaan server memang tip top dan dipercayai. Mau tak berdoa memang tiada borang manual bercetak di sediakan haha..
Sistem ni mudah saja...
1. Ketua rumah sukan boleh setup profile masing dengan masukkan logo rumah sukan
2. Ketua rumah sukan boleh update nama murid dan masukkan ke dalam acara masing-masing
3. Pencatat/Hakim boleh key in keputusan guna phone/laptop
4. AJK Hadiah sentiasa ada senarai terkini pemenang di skrin masing-masing.
5. MC Boleh terus ucap tahniah kepada pemenang sejurus acara selesai berdasarkan data real-time.
6. Kedudukan semasa rumah-rumah sukan dikemaskini secara real-time
7. Penentuan atlit terbaik juga secara automatik.
8. Paparan TV Mode juga tersedia untuk dipaparkan di skrin besar untuk jumlah mata terkumpul terkini.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun ada lagi yang boleh dipermudahkan insyaAllah akan diusahakan untuk versi seterusnya.
214 peserta, 37 acara, 4 rumah sukan semuanya diuruskan secara sistematik dengan sistem SukanPro360 yang dibangunkan sendiri oleh guru-guru SK Pangkalan TLDM. Satu lagi transformasi digital dalam dunia pendidikan yang berjaya dilaksanakan. Apa seterusnya? tunggu... Terus Menyala!
#TerusMenyala
#akademiyoutuber
#edufluencersperak
#edufluencerskpm
#cikgusuffi
#kitabantukita
Catat Ulasan