35 Tahun Dulu Cikgu Ramlah Buat Benda Ini… Hari Ini Ia Dipanggil Perlindungan Murid.
35 Tahun Dulu Cikgu Ramlah Buat Benda Ini… Hari Ini Ia Dipanggil Perlindungan Murid.
Cikgu Ramlah pernah tumpangkan aku balik sampai ke depan rumah.
Cerita ni dah lama sangat.
Macam biasa, setiap kali waktu balik sekolah aku akan tunggu arwah ayah dekat tempat yang biasa.
Tapi hari tu pelik sikit.
Tunggu punya tunggu…
“Kenapa Abah lambat sangat hari ni?”
Sekolah makin lama makin sunyi. Murid semua dah balik. Cikgu-cikgu pun seorang demi seorang dah meninggalkan sekolah.
Aku masih kat situ.
Duduk dekat longkang, bersandar pada dinding.
Depan aku kawasan parkir guru.
Tinggal sebuah kereta saja.
Kereta Cikgu Ramlah.
Tak lama kemudian Cikgu Ramlah lalu dan ternampak aku.
“Awat tak balik lagi?”
“Tunggu Abah…”
Cikgu macam baru teringat sesuatu.
“Ouh! Abah pi mesyuarat kottt…”
Dalam kepala aku masa tu cuma satu:
Habislah aku kali ni.
Nak kata tak pernah balik berjalan kaki, pernah.
Zaman sekolah rendah dulu kalau tertinggal barang pun pernah patah balik jalan kaki.
Masalahnya laluan balik rumah aku tu bukan jenis jalan yang kita boleh kata,
“Alaaa… jalan kaki ja.”
Kalau ikut jalan utama, lori-lori besar memang banyak.
Kalau ikut jalan pintas pula, kena masuk melalui sebuah kampung Cina, kemudian melalui kawasan kebun sawit yang sunyi sebelum tembus ke kampung aku.
Dan macam biasa…
Belum masuk jauh dah kena tempuh dulu “penjaga kawasan”.
Sekumpulan anjing. 😂
Lepas berjaya melepasi satu cabaran, masuk pula laluan kecil kebun sawit yang kiri kanan hutan dan pokok sawit.
Kalau fikir balik sekarang…
Berani betul budak-budak zaman dulu.
Cikgu Ramlah tanya,
“Habis tu nak balik macam mana?”
Aku jawab selamba,
“Takpa Cikgu… saya balik jalan kaki.”
“Balik ikut mana?”
“Ikut Kampung Eguan Cikgu… kebun sawit, tembus Kampung Batu 18.”
Terus Cikgu jawab,
“Tak payah! Mai Cikgu hantar.”
Aku pun naik kereta.
Cikgu Ramlah hantar aku…
bukan setakat keluar pagar sekolah.
Bukan setakat sampai simpang.
Tapi sampai depan pintu rumah.
Bila difikirkan semula hari ini, itulah antara perkara yang membuatkan aku sedar betapa hebatnya seorang guru.
Dia nampak seorang murid.
Dia nampak murid itu belum dijemput.
Dia tahu laluan yang bakal dilalui murid itu mempunyai risiko.
Dan dia buat keputusan.
Bukan tunggu sesuatu berlaku dulu.
Dia bertindak supaya sesuatu tidak berlaku.
Itulah sebenarnya antara roh yang aku nampak apabila membaca 11 Komitmen Aku Janji Kepatuhan Polisi Perlindungan Murid hari ini.
Melindungi murid.
Tidak melakukan atau membiarkan sesuatu yang boleh membahayakan murid.
Bertindak apabila nampak risiko.
Berinteraksi dengan baik.
Menjaga batas profesional.
Menjaga kerahsiaan dan data termasuk gambar serta video.
Tidak menyalahgunakan kedudukan.
Dan yang paling dekat dengan cerita ini:
sentiasa mengutamakan kebajikan murid dalam setiap tindakan.
Sebelas komitmen itu hari ini ditulis secara rasmi dalam Surat Aku Janji.
Tetapi apabila aku terkenang zaman sekolah dahulu, banyak perkara itu sebenarnya sudah diamalkan oleh guru-guru kita sejak dulu lagi.
Bezanya, zaman tu bab gambar, video, audio dan perkongsian digital hampir tak timbul.
Nak jumpa kamera pun susah.
Telefon berkamera?
Jauh sekali.
😂
Hari ini dunianya berbeza.
Sebab itu bentuk perlindungan murid juga berkembang.
Dan satu lagi…
Tak bolehlah pula setiap hari Cikgu Ramlah kena hantar aku balik rumah.
😂
Kalau berlaku sekali-sekala kerana keadaan luar jangka, itu cerita lain.
Kalau murid yang sama setiap hari terpaksa bergantung kepada guru untuk balik, sudah tentu perkara itu perlu diselesaikan bersama ibu bapa atau penjaga.
Tetapi pada hari itu, dalam keadaan sekolah sudah hampir kosong dan seorang murid kecil bercadang mahu meredah perjalanan yang berisiko seorang diri…
seorang guru membuat pilihan yang dia rasakan paling selamat untuk muridnya.
Itulah yang aku ingat sampai hari ini.
Waktu kita kecil sebenarnya kita banyak bagi orang dewasa “rimas perut”.
😂 Dengan 1001 aktiviti pelik-pelik.
Panjat sana.
Masuk sini.
Naik basikal jauh-jauh.
Masuk kebun.
Lintas parit.
Balik ikut jalan yang entah mana-mana.
Kita?
Seronok.
Sebab masa kita kecil, kita hanya nampak keseronokan.
Bahayanya selalunya orang dewasa yang nampak.
Hari ini kita pula sudah berada di tempat mereka.
Kita menjadi guru.
Kita menjadi ibu.
Kita menjadi ayah.
Dan kadang-kadang sebelum kita terlalu pening memikirkan apakah watak seorang guru yang baik, cuba tanya satu soalan paling mudah:
“Waktu aku kecil dulu, aku impikan cikgu aku jadi macam mana?”
Kalau dulu kita tak sempat merasa semua yang kita impikan daripada seorang guru…
hari ini apa salahnya kita berikan pengalaman itu kepada anak-anak murid kita?
Sayangi mereka.
Dengar cerita mereka.
Tegur mereka.
Marah bila perlu.
Bimbing bila mereka tersilap.
Dan apabila keselamatan mereka berada di depan mata kita…
jangan buat tak nampak.
Sebab kadang-kadang satu tindakan kecil seorang guru mungkin nampak biasa pada kita.
Tetapi murid itu boleh mengingatinya sampai 30 atau 40 tahun kemudian.
Macam aku masih ingat Cikgu Ramlah sampai hari ini.
Anak murid tetap anak kita di sekolah.
Nakal macam mana pun…
buat kita “rimas perut” macam mana pun…
keselamatan dan kebajikan mereka tetap amanah yang perlu kita jaga.
Mungkin itulah semangat paling mudah untuk kita fahami di sebalik 11 Komitmen Aku Janji Perlindungan Murid.
Bukan sekadar tandatangan.
Tetapi satu persoalan:
“Kalau ini anak aku, apa tindakan yang aku harap gurunya akan buat?”
Dan pada hari itu…
Cikgu Ramlah memilih untuk menghantar aku pulang.
Terima kasih, Cikgu. ❤️
#TerusMenyala
#akademiyoutuber
#edufluencersperak
#edufluencerskpm
#cikgusuffi
#kitabantukita
Catat Ulasan