Semua orang dapat badge yang sama, tetapi setiap orang pulang dengan kemenangan yang berbeza.

Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!
Bila saya mula bimbing ramai orang siapkan tugasan untuk dapatkan badge ini, saya ingatkan semuanya akan berjalan lurus macam jalan tol.
Rupanya... tidak.
Memang macam-macam karenah.
Ada yang hari pertama semangat membara.
“Cikgu, malam ni saya siap semua!”
Esoknya senyap.
Bila saya tanya, dia jawab,
“Cikgu... saya tersangkut dekat login.”
Ada pula yang sangat rajin bertanya.
Setiap lima minit masuk mesej.
“Cikgu, ini klik yang mana?”
“Cikgu, yang ini kena isi apa?”
“Cikgu, kalau saya tersalah tekan, saya masih boleh hidup lagi tak?”
Ada yang jenis diam saja.
Kita ingat dia tak jalan.
Tiba-tiba satu malam dia muncul dengan ayat penuh tenang,
“Cikgu, saya dah siap. Saya cuma tak suka bising.”
Terdiam kita sekejap.
Ada juga yang awal-awal dah mengeluh,
“Saya ni bukan orang teknologi...”
“Saya memang lembap bab-bab macam ni...”
“Umur saya dah tak sesuai nak belajar benda baru...”
Tapi orang yang sama itulah akhirnya jadi antara yang paling gembira bila berjaya siapkan tugasan.
Ada yang stress.
Ada yang termenung.
Ada yang hampir putus asa bila tengok orang lain dah laju ke depan.
Siap ada yang cakap,
“Cikgu, saya rasa semua orang pandai... saya saja yang terkial-kial.”
Padahal hakikatnya, hampir semua orang pun ada fasa terkial-kial masing-masing.
Cuma tak semua orang tunjuk.
Yang menariknya, bila sampai ke penghujung, memang semua dapat badge yang sama.
Tetapi bila kita tengok betul-betul, sebenarnya setiap orang bawa pulang sesuatu yang berbeza.
Ada yang dapat keyakinan.
Dulu takut tekan apa-apa, sekarang dah berani cuba.
Ada yang dapat ilmu baru.
Dulu tak faham langsung, sekarang dah mula nampak aliran kerja.
Ada yang dapat kesabaran.
Belajar bahawa tak semua benda siap dalam satu malam.
Ada yang dapat kawan seperjuangan.
Saling bantu, saling jawab, saling tunggu.
Ada yang dapat semangat baru.
Rupanya masih mampu belajar, masih mampu berubah.
Ada yang dapat bukti untuk diri sendiri.
“Eh, aku boleh rupanya.”
Dan ada juga yang paling mahal, mereka dapat cara berfikir yang baru.
Bahawa teknologi ini bukan untuk orang pandai sahaja.
Tetapi untuk siapa saja yang sanggup belajar, walaupun perlahan.
Sebab itu saya selalu rasa, badge ini bukan sekadar gambar cantik atau simbol kejayaan semata-mata.
Badge ini adalah penutup kepada satu perjalanan.
Dan pada masa yang sama, pembuka kepada satu keyakinan baru.
Badge mungkin sama.
Tetapi cerita di belakangnya tidak pernah sama.
Dan itulah yang menjadikan setiap pencapaian itu sangat berharga.
Kalau nak diringkaskan dalam satu ayat:
Semua orang dapat badge yang sama, tetapi setiap orang pulang dengan kemenangan yang berbeza.
#AkademiYoutuberMalaysia #PERCUMA #AdikBeradikAYU #KitaBantuKita #CikguSuffi #EduFluencersKPM #TerusMenyala #KitaTerusMara

Catat Ulasan