Saya namakan sistem ini 'SisJuri360'

Saya namakan sistem ini 'SisJuri360'



Sekarang anda akan tahu kenapa saya hold dulu MySpark360 kerana sedang berhempas pulas untuk siapkan sistem penjurian ini... saat bertungkus lumus itu lah idea-idea lain datang, menarik pulak tu. 

Alhamdulillah selepas beberapa hari bersengkang mata, hari ini siap sepenuhnya. Saya namakan sistem ini 'SisJuri360', kenapa saya buat sistem ini? sebab saya suka selesaikan masalah...

Bayangkan anda terima tugasan untuk menjuri 100 video dalam tempoh yang singkat, stress tak? mesti stress kan... jadi untuk tidak stress, saya cipta sistem ini dari scratch, bermula daripada perancangan struktur database, logic flow, UI/UX, backend, sehinggalah sistem ini stabil dan boleh digunakan kemudian hari oleh sesiapa sahaja. 

Bila ada sistem macam ni, jangankan 100 video, 1,000 video pun kita boleh jalankan sesi penjurian dengan mudah dan pantas!

Apa yang menarik tentang sistem ini? 

1. Pemberian markah lebih tersusun dan telus oleh juri profesional
2. Penjurian secara individu atau berkumpulan
3. Ranking semasa dipaparkan secara langsung
4. Markah dan justifikasi tersedia dalam pilihan
5. Import data pantas melalui fail Excel
6. Penggunaan kredit yang mudah difahami
7. Agihan video secara automatik (unlimited juri)
8. Rekod penjurian disimpan dengan kemas
9. Export keputusan dengan mudah
10. Antaramuka moden, ringan dan mesra pengguna

Siapa nak try jadi Penganjur Pertandingan? kalau ada yang nak try nanti saya bagi akaun demo untuk cuba. Taip 'Nak Try' di ruangan komen... terus menyala!

#cikgusuffi
#akademiyoutuber
#pakardashboard
#terusmenyala

Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top
Join Our Group