Cabaran Pindah Blog ke Hosting Baru!

Cabaran Pindah Blog ke Hosting Baru!




Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!

Apa pula masalah dia nak selesaikan kali ni...



Macam biasa bila dah mula satu-satu projek susah nak berhenti sampai puas hati, jadi apa benda yang datang dalam proses projek sedang berjalan tu terpaksa hold dulu... alhamdulillah bila RuangPro 360 dah sampai tahap stabils, tak ada error baru lapang dada nak selesaikan masalah lain. 

Masalah kali ni rumit sikit tapi saya nak tulis kat sini supaya boleh jadi rujukan orang lain di kemudian hari. Siapa tak kenal Cikgoo Romie , nampaknya tahun ni beliau bakal mengganas lagi dengan video-video baharu... maklumlah dah berjaya masuk rumah baru!

Pucuk pangkalnya nak pindahkan blog dari hosting lama ke hosting baru, wordpress pulak tu.. dah le teman tak biasa dengan wordpress sebab dulu kini selamanya dengan blogger jer..  so bermula lah episod pindah memindah. Macam pindah rumah tapi pindah hosting ni tak kena gaya lingkup habis laman web.

So petang ni sambil santai2 kita layan dulu apa yang telah tuan rumah 'backup' , nak faham flow dia macamana. Ibarat kita sedang punggah rumah kayu kemudian kita nak pasang balik di tempat lain.. ingat senang ke nak ingat? hahaha silap pasang naik tangga jumpa tandas dulu. 

Ok flow dia macam ni..

1. Pastikan kita backup semua file yang ada dalam hosting, kena double check takut ada yang tertinggal terutamanya image. 
2. Kena backup semua database yang ada, esport semua pun tak apa dalam format .sql senang nak guna balik nanti. 
3. Masuk hosting baru kita install wordpress baru, version latest dan create database masa install. 
4. Masuk ke database melalui PHPMyAdmin , Import file .sql yang kita backup tadi ni
5. Masuk ke database melalui PHPMyAdmin cari table wp-options dan tukar URL dalam tu kepada URL semasa. 
6. Masuk Admin Dashboard, pergi setting ubah juga 2 URL di sana dengan URL semasa. 
7. Masuk File manager, upload semua file backup yang ada dalam wp-content , dalam ni ada semua gambar, kalau tak cukup backup dia hilangggg....
8. Masuk Admin Dashboard dan update apa yang patut! 




Welcome Back CikguRomie.com !

#AkademiYoutuberMalaysia #PERCUMA #AdikBeradikAYU #KitaBantuKita #CikguSuffi #EduFluencersKPM #TerusMenyala #KitaTerusMara


BACA JUGA :

🔴 Siaran langsung temu bual Selamat Pagi Malaysia, RTM bersama Cikgu Suffi dan Cikgu Zuly

🔴 Siri Perkongsian Ilmu Blogger bersama Cikgu Suffi dan rakan-rakan

🔴 Youtuber Pendidikan mengorak langkah membuka tirai tahun 2023

🔴 Jom sertai kami! Panggilan untuk semua penyedia konten pendidikan di Malaysia.




Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top
Join Our Group