Bila Masa Terus Berlari, Kami Pilih Untuk Terus Memberi

Bila Masa Terus Berlari, Kami Pilih Untuk Terus Memberi



Nama mesyuarat masih sama macam tahun-tahun sebelumnya....

tapi semangat kali ini terasa lebih kuat dan lebih bermakna.


Yang lama akan pergi dengan penuh jasa,
yang baharu datang dengan penuh harapan.
Dan kami yang di tengah-tengah ini,
terus melangkah... belajar, berusaha dan memperbaiki diri demi perjalanan yang belum selesai.


Senyuman tetap sama, antara yang baru bermula dan yang hampir ke penghujung cerita.


Senyuman inilah tanda kekuatan,
kesungguhan kami untuk terus berjuang
demi anak-anak di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.


Mesyuarat pertama untuk 2026,
dan juga mesyuarat terakhir di lokasi ini buat Tuan Guru Besar sebelum bersara hujung tahun nanti.

Mesyuarat berlangsung di Auditorium Sri Layaran, KD Panglima Hitam, TLDM Lumut, Perak. Terima kasih TLDM sentiasa menyokong usaha guru-guru untuk kemenjadian anak-anak wira negara. 


Bersara bukan penamat, tapi satu tanda bahawa legasi yang baik akan terus disambung...

Kadang-kadang bila fikir balik…
pejam celik, dah mula berkhidmat.
pejam celik, eh… dah sampai separuh jalan.
dan tanpa sedar, kita sebenarnya sedang membina kisah yang akan kita banggakan suatu hari nanti.


Ya, masa memang cepat berlalu
Tapi selagi kita masih diberi peluang,
selagi itulah kita akan terus memberi yang terbaik.

Sedikit demi sedikit, langkah demi langkah,
kita bangunkan masa depan anak-anak dengan penuh harapan

Terus kuat, terus positif, terus menyala.

Kita bukan sekadar hadir bekerja,
kita sedang mencipta perubahan.

Ayuh, kita buat 2026 sebagai tahun yang lebih bermakna!

#TerusMenyala
#akademiyoutuber 
#edufluencersperak 
#edufluencerskpm 
#cikgusuffi
#kitabantukita 

Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top
Join Our Group