Majlis Apresiasi Digital PPD Manjung 2025
Assalamualaikum san salam mesra?
Alhamdulillah, hari ini merupakan satu detik yang amat bermakna apabila saya menerima dua anugerah dalam Majlis Apresiasi Digital PPD Manjung 2025:
1. Pencapaian di peringkat kebangsaan untuk Digital Story Telling Animation
2. Anugerah Tokoh – Anugerah Khas Peneraju Digital
Dua pengiktirafan adalah cerminan kekuatan ekosistem pendidikan digital yang telah dibina dengan begitu kukuh oleh Pejabat Pendidikan Daerah Manjung melalui Unit Sumber Teknologi dan Pendidikan (USTP).
Saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga PPD Manjung dan pasukan USTP yang tidak pernah berhenti memberi bimbingan, sokongan teknikal, dorongan moral dan ruang kreativiti kepada guru-guru dalam daerah ini. Tanpa sokongan tersusun dan kepakaran mereka, sukar untuk guru-guru melangkah sejauh ini dalam dunia inovasi digital.
PPD Manjung dan USTP sentiasa berada di hadapan...
✔️ menyediakan latihan dan bimbingan berkualiti,
✔️ memperkasa sekolah dengan teknologi semasa,
✔️ memberi kepercayaan kepada guru untuk mencuba perkara baharu,
✔️ dan memastikan setiap usaha selari dengan Dasar Pendidikan Digital KPM
Dasar pendidikan digital yang sedang digerakkan oleh KPM menekankan integrasi teknologi dalam PdP, pembangunan kompetensi digital guru dan penghasilan kandungan kreatif. PPD Manjung telah membuktikan bahawa dasar ini bukan hanya di atas kertas, tetapi benar-benar diterjemahkan melalui tindakan, sokongan dan gerak kerja yang konsisten.
Semoga kejayaan ini menjadi penyuntik semangat bukan sahaja kepada diri saya, tetapi juga kepada seluruh warga pendidikan di Manjung dan seluruh negara untuk terus berkarya, bereksperimen, meneroka kreativiti baharu, dan menjadi agen penggerak dalam transformasi pendidikan digital.
Moga momentum ini terus menyala dan menjadi inspirasi kepada semua guru agar berani menghasilkan inovasi, seiring dengan aspirasi KPM untuk melahirkan generasi murid yang kompeten, kreatif dan bersedia menghadapi masa depan digital.
Terima kasih PPD Manjung. Terima kasih USTP. Terima kasih semua rakan pendidik yang sentiasa bersama dalam perjalanan ini.
Kita terus melangkah, kita terus memberi manfaat... terus menyala!
#TerusMenyala
#akademiyoutuber
#edufluencersperak
#edufluencerskpm
#cikgusuffi
#kitabantukita
Catat Ulasan