Buatan Malaysia, Untuk Dunia: Bersatunya Pandai x AYU!
Suratan takdir... lahir tahun yang sama, memiliki misi dan visi yang sehaluan, melangkah tanpa henti sudah masuk tahun ke-5, Akhirnya umpama bersua buat pertama kali bila nak masuk alam persekolahan....
tanggal keramat 29/12/2025, sejarah baharu tercipta.
Kerjasama rasmi antara Pandai dan Akademi Youtuber Malaysia (AYU) termeterai dengan penuh megah, membuka lembaran baharu dalam dunia pendidikan digital tanah air.
Sebagai pembuka tirai kolaborasi ini, seramai 30 Youtuber Pendidikan berstatus Graduan AYU dijemput menyertai Bengkel EduCreator MasterLab, menjadi saksi hidup kepada detik yang bakal dikenang dalam lipatan sejarah komuniti pendidik kreatif Malaysia.
Jika satu enjin pun sudah cukup untuk membawa kita berlayar jauh tanpa henti selama ini…
Bayangkan dua enjin bergabung tenaga dan haluan... percayalah, dunia pendidikan digital Malaysia bakal menyala lebih meriah, lebih bertenaga, lebih luar biasa!
dalam gelombang kerjasama ini, ada satu harapan yang terus menyala...
bahawa karya tempatan, bakat tempatan, dan inovasi pendidikan buatan Malaysia bukan sekadar mampu berdiri sendiri… malah mampu berdiri megah bersaing di pentas dunia.
Kita bangunkan bangsa dengan kekuatan tangan sendiri, kita angkat nama negara dengan kreativiti kita sendiri.
Tahun 2026 menunggu dengan sesuatu yang cukup istimewa. Nak tahu apa dia?
Tunggu… sesuatu yang besar sedang menghampiri anda...
#PandaixAYU
#PandaiTeacher
#AkademiYoutuber
Catat Ulasan