Setiap yang berjaya, ada sentuhan daripadanya... AYU: The Unsung Hero Reveal
Di Akademi Youtuber siapa tidak kenal dengan Cikgu Zuly, inilah 'wira yang tidak didendang' kami, Kemenjadian guru-guru dalam dunia pendidikan digital banyak terima bimbingan dari inisiatif kelas malamnya.
Di AYU beliau berperanan sebagai Ketua Jurulatih, mengendalikan mentor-mentor dan sering turun padang buat kelas mengejut dari semasa ke semasa.
Cikgu Zuly orang pertama saya ajak buat modul Google Classroom sewaktu PKP, sejak saat itu sampai sekarang beliau satu-satunya guru yang masih kekal 'Menyala' dengan misinya untuk melatih seramai mungkin guru-guru untuk kuasai ilmu digital. Diteruskan dengan AYU.
Disaat ahli-ahli AYU menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan beliau masih kekal bertenaga dan menyala tanpa pedulikan soal 'Anugerah' malah sentiasa hadir beri sokongan kepada mana-mana #adikberadikAYU yang menerima anugerah.
Sesungguhnya kebaikkannya ini yang sangat dicemburui kerana pengorbanannya jauh lebih besar walaupun tanpa sebarang ganjaran.. pasti banyak terkumpul di alam sana.
Nak tengok orang paling seronok bila tengok orang lain berjaya di saat dia tidak kisah dirinya tidak menerima apa-apa, inilah orangnya... sangat baik, sangat bermotivasi, sangat membantu dan sangat cintakan dunia pendidikan!
Terima kasih Cikgu Zuly Rahimie, setiap ahli AYU merasa denyut nadi kebersamaan yang dibawa, terus membimbing terus bersemangat kerana misi menyelamatkan jiwa tidak pernah padam dalam diri kita. Tabik!!!!
#TerusMenyala
#akademiyoutuber
#edufluencersperak
#edufluencerskpm
#cikgusuffi
#kitabantukita
Catat Ulasan