Mak! Anak Ustaz Shamsudin Johan MTP2025!
Aku : Mak! Anak Ustaz Shamsuddin menang MTP2025!
Mak : Sungguh ka?? Anak Pipah(panggilan mak untuk kawannya) yang mana..
Aku : Yang perempuan kawin dengan kawan adik tu..
Mak : Alhamdulillah laa... murah rezekiii... (nada seronok anak kawan-kawan berjaya).
Itulah sedikit sebanyak perbualan dengan Mak di kampung, Kami tumpang seronok dengan kemenangan ini kerana kami datangnya dari kampung yang sama!
Berkongsi sekolah menengah yang sama... berkongsi pentas Anugerah Inspirasi McDonald's yang sama... kali ini berkongsi pentas Malaysia Teacher Prize yang sama... benar kata suaminya... "dunia ni kecik saja bro!".
Arwah Ayah Cikgu Ainul dulu mengajar saya di Sekolah Menengah Kebangsaan Serdang, di situlah tempatnya kami menuntut ilmu, mengenal dunia luar dengan peluang yang didedahkan oleh guru-guru hebat di situ.
Masa mula melangkah masuk ke sekolah tu, Ustaz Shamsudin yang membawa saya masuk ke kelas.. on the way ke kelas tu teringat pesan member.. "Nanti hang habaq nak masuk kelas Nilam".
Aku : Ustaz, saya nak masuk kelas Nilam.
Ustaz : Ha? kelas Nilam?
Aku : Ya Ustaz, saya ramai kawan kat kelas tu.
Ustaz : Boleh ka duk kelas tu? (nada macam risau ja..)
Aku : Boleh Ustaz (Aku pun risau jugak bila Ustaz tanya macam tu hahaha... tapi ok ja, kelas tu majoriti lelaki perempuan 4 orang saja).
Saya antara yang melihat kehebatan seorang ayah kepada Cikgu Ainul, seperti yang diselitkan dalam ucapan pemenang baru-baru ini. Malah jauh lebih banyak kehebatan dan kebaikkan yang tidak diselitkan dalam ucapan tersebut. Tahniah Cikgu Ainul, jika arwah ayah dan guru-guru kita masih ada pasti semuanya berbangga dengan pencapaian yang diterima pada hari ini.
Cikgu Ainul.. anda mewarisi kehebatan seorang Ustaz yang saya hormati, sanjungi dan hargai.
Terus menyala! jiwa guru yang luar biasa itu terserlah nyata...
#TerusMenyala
#akademiyoutuber
#edufluencersperak
#edufluencerskpm
#cikgusuffi
#kitabantukita
Catat Ulasan