Anugerah Khas Kategori Penciptaan – Anugerah Video Terbaik dalam Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam 2026
Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!
Alhamdulillah… ada rezeki buat kami kali ini. ❤️
Kumpulan kami berjaya menerima Anugerah Khas Kategori Penciptaan – Anugerah Video Terbaik dalam Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam 2026.
Bagi kami, ini satu pengalaman yang cukup bermakna.
Daripada sekadar membawa idea dan inovasi SisJuri360, kemudian melalui proses pembentangan, penilaian dan perkongsian bersama kumpulan-kumpulan hebat dari seluruh negara… akhirnya ada satu penghargaan yang dapat kami bawa pulang.
Anugerah Video Terbaik.
Nampak macam sekadar video, tapi di belakang beberapa minit itu ada banyak proses, susun mesej, pilih apa yang penting untuk ditonjolkan dan cuba terangkan inovasi dengan cara yang paling mudah untuk difahami.
Terima kasih kepada Institut Aminuddin Baki (IAB), seluruh jawatankuasa, urus setia dan panel penilai yang menjayakan Persada Inovasi Perkhidmatan Awam 2026.
Penghargaan juga buat Puan Rashidah binti Mohd Said, Ketua Pusat, Pusat Pengurusan Dasar dan Inovasi; YBrs. Dr. Wan Zaliha binti Wan Othman, Pengurus/Penyelaras; serta YBrs. Dr. Hamidah binti Mat, Penolong Pengurus/Penolong Penyelaras yang banyak menggerakkan perjalanan program ini.
Terima kasih juga kepada semua ahli kumpulan kami yang sama-sama berusaha dari awal sampai ke tahap ini.
Menang itu memang menggembirakan…
Tapi yang lebih penting, kami dapat tengok sendiri di mana lebih, di mana kurang dan apa lagi yang boleh kami perbaiki pada SisJuri360.
Satu lagi pengalaman.
Satu lagi ilmu.
Satu lagi langkah ke hadapan.
Alhamdulillah. Terus belajar, terus berkarya dan Terus Menyala! 🔥
#SisJuri360
#PersadaInovasi
#AnugerahVideoTerbaik
#InstitutAminuddinBaki
#InovasiPerkhidmatanAwam
#CikguSuffi
#TerusMenyala
#AkademiYoutuberMalaysia #PERCUMA #AdikBeradikAYU #KitaBantuKita #CikguSuffi #EduFluencersKPM #TerusMenyala #KitaTerusMara













Catat Ulasan