Hebatnya cikgu ni… sanggup datang dari jauh demi mencari positive vibe! 💫
Dalam ramai-ramai ni ada seorang yang sempat berbual dengan saya...
Datang dari jauh dengan suami, dapatkan tiket dan menyewa hotel semata-mata untuk mengikuti Sidang Kemuncak Malaysia Teacher Prize 2025.
Tanpa ditemani kawan-kawan, tanpa arahan mahupun paksaan, dengan rela hati hadir untuk menikmati suasana gilang gemilang sebuah majlis yang meraikan guru-guru yang hadir dari seluruh negara.
Katanya untuk melihat sesuatu yang baharu dan mencari 'Positive Vibe' di persidangan pada kali ini. Seorang diri ke sana ke sini... sungguh hebat jiwa guru ini.
Teringat pula sewaktu saya mula posting mencari-cari suri teladan dalam dunia pendidikan, untuk asas yang baik guru-guru di sekeliling kita tersedia ramai, tapi kalau untuk keluar dari daerah, negeri dan kebangsaan ada beberapa orang yang boleh dijadikan suri tauladan ketika itu.
Hari ini... hadir ke MTP2025 kita hampir boleh melihat kesemuanya berada di satu tempat! meriah dan menyala....
Hebat Cikgu... saya Tabik, kerana saya sendiri pun kalau nak datang ke tempat-tempat macam ni harus berteman takut 'mati kutu' kata orang utara... tapi cikgu kelihatan enjoy, dalam kelas dan sepanjang persidangan.... Hebat!!!
Kalau cikgu baca tulisan saya ni, bulan 1 nanti join Akademi Youtuber, semangat ini kalau kita gilap boleh pergi lebih jauh!!!
Siapa dia? biarlah rahsia....
#TerusMenyala
#akademiyoutuber
#edufluencersperak
#edufluencerskpm
#cikgusuffi
#kitabantukita
Catat Ulasan