Guru baharu jangan nafikan hak diri anda sebagai 'Insan Terpilih'
Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!
#AkademiYoutuberMalaysia #PERCUMA #AdikBeradikAYU #KitaBantuKita #CikguSuffi #EduFluencersKPM #TerusMenyala #KitaTerusMara
🔴 Siaran langsung temu bual Selamat Pagi Malaysia, RTM bersama Cikgu Suffi dan Cikgu Zuly
Guru baharu jangan nafikan hak diri anda sebagai 'Insan Terpilih'.
Dulu masa mula-mula jadi guru selalu dengar sinior-sinior berkata tentang hanya 'insan terpilih' yang akan berjaya jadi guru.
Mula-mula rasa macam betul ke aku insan terpilih? macam ya.. macam tak maklumlah tidaklah hebat mcm orang lain di sekeliling.. lama-lama terpilih itu pun banyak kategori, bukan akademik semata-mata.. tapi atas kehendak-Nya.
Terpilih yang pertama melalui sesi temuduga, mungkin dengan kelebihan dan janji-janji yang diperkatakan membuatkan penemuduga tertarik untuk memilih kita... berjaya... kita lah 'insan terpilih' tersebut...
Terpilih yang kedua... pernah tak melihat seseorang yang 'tak boleh bawa' dalam tempoh pengajian, macam-macam masalah dan halangan, akhirnya menarik diri... tapi kita kekal tenang walaupun ada juga assignment yang hantar last minute sampai kena marah dengan pensyarah. Tetap tamatkan pengajian... terpilih untuk menggenggam kejayaan...
Terpilih yang ketiga... bila ditempatkan ke sesebuah sekolah, sebenarnya kita 'Insan Terpilih' kerana ramai lagi di luar sana ingin ditempatkan terpaksa menunggu lama sedangkan kita terus ditempatkan...
Terpilih yang keempat, bila ditempatkan di 'tempat orang' jangan bimbang tentang tempat tinggal, makan minum dan lain-lain kerana kita bertemu dengan kelompok 'Insan Terpilih' yang tidak akan menjadikan kita 'orang asing' melainkan kita tidak pandai 'bercampur masyarakat'. Masuk tempat orang jangan sombong, sentiasa merendah diri dan bersedia ditegur atau dimarahi... marah itu tanda mereka sayang kita!. Ada saja guru-guru sinior yang akan bantu cari tempat tinggal, uruskan itu ini... sampai kita mampu berdiri sendiri. Sekali lagi terpilih untuk kenal ramainya orang luar yang baik hati...
Terpilih yang kelima, inilah faktor yang paling kuat menyatakan bahawa 'Insan Terpilih' itu benar... di usia remaja pernah kemalangan motorsikal sebanyak dua kali, Allah panjangkan umur... waktu belajar di universiti beberapa kali terlelap sambil naik motor terhoyong hayang atas higway... Allah sedarkan kembali... waktu posting beberapa kali hampir terbabas dengan lori sampai sekali tu buka mata kepala lori depan mata, sempat elak... waktu mengajar di Manjung jatuh motor lagi elak kereta keluar simpang mengejut... patah jari walaupun masa jatuh tu dah fikir takda harapan sebab hanya melihat jalan tar diseret muka, Allah selamatkan dengan pakaian sut lengkap berhelmet full-face. Nak cerita banyaknya risiko kematian dan kenapa Allah izinkan hidup sampai hari ini... jika tidak kita 'Insan Terpilih' untuk menjadi guru... sudah lama nafas ini terhenti, mata ini tertutup... maka kita 'Insan Terpilih' oleh-Nya.
Jangan mengeluh, jangan merungut... hanya menurut dan sentiasa bersangka baik kerana setiap yang berlaku ada ketentuanNya yang kita akan nampak di masa hadapan.
Jangan nafikan hak diri untuk menjadi 'Insan Terpilih' hanya kerana beberapa isu kecil yang hakikatnya tiada masalah tak dapat diselesaikan jika kita sentiasa berserah dan meminta pertolongan kepada-Nya.
Terus Menyala Wahai Insan Terpilih!
#TerusMenyala
#akademiyoutuber
#edufluencersperak
#edufluencerskpm
#cikgusuffi
#kitabantukita
*Gambar Cikgu Mohd Huzaire Haji Ahmad menghiasi post ini kerana semangatnya yang luar biasa mampu menjadikan kita terus bersemangat untuk mengejar impian sebagai pendidik dan kekal bersangka baik dengan setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.
#AkademiYoutuberMalaysia #PERCUMA #AdikBeradikAYU #KitaBantuKita #CikguSuffi #EduFluencersKPM #TerusMenyala #KitaTerusMara
BACA JUGA :
🔴 Siri Perkongsian Ilmu Blogger bersama Cikgu Suffi dan rakan-rakan
🔴 Youtuber Pendidikan mengorak langkah membuka tirai tahun 2023
🔴 Jom sertai kami! Panggilan untuk semua penyedia konten pendidikan di Malaysia.


Catat Ulasan