Chef Suffi ?

Chef Suffi ?



Seminggu sebelum kelas, Coach tanya,
“Cikgu nak baju chef tak? Bagi sama dengan tema kelas Dapur AI tu.”

Bagai mengantuk disorong bantal!
“Boleh… kalau ada,” saya jawab.
“Orait,” kata Coach.

Bila pakai baju ni, terus rasa lain macam auranya. Ingatkan prompt di Gemini tu berakhir dalam dunia digital saja... rupanya kita boleh transform ke alam realiti juga!

Ramai tertanya-tanya… apa yang saya nak masak sebenarnya?

Sebenarnya, cara buat video animasi ni mudah sangat kalau kita guna analogi dapur. Konsepnya sama... cari periuk belanga, sediakan bahan mentah, belajar cara menggoreng, dan akhirnya menghidang!

Ramai juga yang takut bila dengar perkataan AI. Tambah pula kalau tajuk kelas pun dah nampak “susah” dari luar. Tapi bila dah masuk dapur ni, baru tahu... rupanya sedap dan mudah! 😄

Tiba-tiba rasa nak beli pula baju chef ni satu… tapi nak pakai pi mana ya? Haha.

Terima kasih banyak-banyak, Viknesvari Letchumanan , sebab pinjamkan baju ni. Dalam kelas ni, kita bukan sekadar belajar buat video animasi... kita belajar sesuatu yang jauh lebih besar daripada sebarang ganjaran, iaitu kerjasama.

Tolong-menolong, saling menyokong, dan di situ kita nampak betapa indahnya dunia.

Berapa ya harga baju tu? 😆


Bersambung...

Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top
Join Our Group