Alhamdulillah, Top 5 Malaysia Teacher Prize 2025

Alhamdulillah, Top 5 Malaysia Teacher Prize 2025



Alhamdulillah, Top 5 Malaysia Teacher Prize 2025

Di kesempatan ini saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua insan hebat yang jadi tulang belakang perjalanan saya sampai ke tahap ini.




Pertama sekali buat keluarga tercinta. Terutamanya Ibu yang tak pernah berhenti berdoa, Isteri yang sentiasa menjadi tulang belakang..., Cikgu Sariah Abdullah yang sentiasa ada bersama anak-anak memberi semangat di setiap langkah. Tanpa mereka, saya takkan sampai sejauh ini.


Terima kasih juga kepada warga Kementerian Pendidikan Malaysia, khasnya Unit Pengurusan Penyampaian (DMU) – Dr. Raudhah Amri , Pn. Afiza Aksan dan Pn. Haslinda Hassan atas bimbingan dan kepercayaan yang diberikan.


Buat warga Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Sektor Pembelajaran dan Sektor Sumber Teknologi dan Pendidikan – terima kasih kepada Pn. Siti Norhaidza Adura dan Cik Nisa Kamaruddin atas sokongan dan dorongan yang tak pernah putus.


Kepada Pejabat Pendidikan Daerah Manjung, khususnya Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan yang diketuai oleh Tn. Syed Rujhan, saya sangat hargai setiap bantuan dan galakan yang diberi selama ini.


Sudah tentu buat keluarga besar saya di Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM – Tuan Guru Besar Cikgu Rohaizan Bin Mohamed Hanif, barisan pentadbir, Ketua Panitia RBT Merangkap Guru Cemerlang RBT Cikgu Basri Bakar dan semua warga sekolah yang menyokong usaha saya.


Dan untuk komuniti yang saya sayang, Akademi Youtuber (AYU) #AdikBeradikAYU dan semua Edufluencers KPM. Dua kumpulan hebat yang banyak beri inspirasi dan tenaga positif. Ramai juga antara mereka yang hadir hari ini, terima kasih kerana jadi pembakar semangat kami semua.


Anugerah ini saya anggap bukanlah milik saya seorang. Ia milik semua guru yang terus berjuang, walau penat, walau diuji. Saya percaya setiap usaha yang dilakukan dengan hati yang ikhlas, akhirnya akan membuahkan hasil yang indah.


Jutaan terima kasih juga buat Samuel Isaiah yang membuka platform penghargaan yang luar biasa untuk guru-guru di Malaysia melalui Pemimpin , Anda memang luar biasa. 

Terima kasih atas doa dan sokongan semua.

Terima kasih YTL Foundation 
Terima kasi Yayasan Hasanah
Terima kasih Yayasan Petronas
.... dan semua para penaja program hebat ini.


"Sendirian kita biasa, bersama jadi luar biasa" 


#MalaysiaTeacherPrize2025 
#gurumalaysia 
#TerusMenyala
#akademiyoutuber 
#edufluencersperak 
#edufluencerskpm 
#cikgusuffi
#kitabantukita

Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top
Join Our Group