CAGAR-AYU pusingan pertama dijangka berlangsung sehingga Julai 2026
CAGAR-AYU
Celik AI Guru Abad ke-21 – Akademi Youtuber
Sebuah segmen rasmi istimewa daripada Akademi Youtuber, yang akan bersiaran setiap Selasa, jam 9:00 malam, khas untuk warga pendidik seluruh Malaysia.
CAGAR-AYU membawa anda menyelusuri dunia 1001 aplikasi berasaskan AI – dengan fokus kepada aplikasi terbaik yang boleh dimanfaatkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke-21.
Luangkan hanya satu jam setiap minggu, dan kita akan bersama-sama meneroka fungsi, kelebihan serta kaedah penggunaan setiap aplikasi. Jika bersesuaian, boleh terus diaplikasikan di bilik darjah anda.
Dunia digital kini melimpah dengan pelbagai aplikasi, namun tidak semuanya sesuai untuk semua. Maka, CAGAR-AYU hadir dengan pasukan khas yang menilai dan menyaring, demi memberi yang terbaik untuk para pendidik.
Jangan lupa temu janji kita –
Setiap Selasa, jam 9 malam.
Cagarkan satu jam anda untuk penerokaan ilmu yang bermakna.
Kerana celik AI adalah langkah awal menuju guru masa depan.
Terima kasih.
Catat Ulasan