Podcast AYU: Pentas Kata-Kata Emas Para Pendidik Hebat

Podcast AYU: Pentas Kata-Kata Emas Para Pendidik Hebat


Semalam, saya tidak berkesempatan mengikuti siaran pertama Podcast AYU kerana terikat dengan satu mesyuarat penting bersama Youtuber Pendidikan bagi membincangkan sebuah program khas yang bakal memberi impak besar kepada dunia pendidikan digital 2025/2026. 

Namun, awal pagi tadi, saya meluangkan masa menonton semula rakaman tersebut sehingga ke penghujungnya, meneliti setiap butiran dengan mata hati seorang pendidik. Alhamdulillah, keseluruhan siaran berjalan lancar, hanya beberapa kekangan teknikal kecil yang perlu diperhalusi untuk penambahbaikan pada masa akan datang.

Podcast AYU lahir dengan satu misi murni iaitu menjadi arkib abadi yang menyimpan 1001 butir kata-kata bermotivasi, lahir daripada jiwa-jiwa pendidik hebat seluruh Malaysia. Kerana dalam hidup ini, kadangkala kita hanya perlukan sebaris kata, secebis kisah, atau seuntai pengalaman untuk membangkitkan semangat yang hampir pudar, menyalakan semula api perjuangan menuju kejayaan.

Buat pertama kalinya, pentas Podcast AYU menyaksikan kehadiran dua figura luar biasa, sosok yang hadir tepat pada masanya, berkongsi kisah, rasa, dan rahsia kejayaan yang membawa mereka mendaki ke puncak kejayaan.

Saya percaya, ramai yang terinspirasi dengan kisah perjalanan Cikgu Noor Adilah dan Dr. Oh malam tadi.

Alhamdulillah, saya sendiri berpeluang mengenali lebih dekat dua insan hebat ini bagi saya hero inovasi pendidikan yang mencipta jejak berbeza dalam tempoh satu jam siaran yang begitu bermakna.

InsyaAllah, siri-siri seterusnya bakal mempertemukan kita dengan lebih ramai guru hebat, insan-insan luar biasa yang selayaknya didengari oleh seluruh negara. Kerana pada suara mereka terpantul nyala rasa jiwa pendidik yang tidak pernah padam, menghidupkan semangat dan menggerakkan hati-hati yang mendengar.

Teruskan bersama kami di Podcast AYU membuka ruang sumber inspirasi yang menyemai harapan, membina impian.

Tonton siaran ulangan di sini : 


Tahniah setinggi-tingginya kepada Yu. Salwa Kosnan dan seluruh pasukan pimpinan Yu. Khairiza atas kejayaan penganjuran siri pertama Podcast AYU ini. Langkah pertama yang mengukir sejarah, semoga terus melakar lebih banyak kisah hebat pada masa akan datang.

#TerusMenyala
#akademiyoutuber 
#edufluencersperak 
#edufluencerskpm 
#cikgusuffi
#kitabantukita 
Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top