Bengkel Wartawan Cilik

Bengkel Wartawan Cilik


Langkah anak kecil yang bakal membawa pulang sesuatu yang BESAR! 

Kecik-kecik dah boleh guna kamera mahal, Cikgu dulu punya teringin sampai kerja baru beli... berkurun memasang impian.

Alhamdulillah Hari ini berbengkel dengan 6 team wartawan dan krew TV PSS, ada yang berperanan sebagai pengacara, jurukamera, penyunting video dan penulis skrip. 

Inilah pasukan yang akan membongkar lebih banyak tempat-tempat menarik dan keunikkan yang ada di Daerah Manjung dan Negeri Perak selepas ini. 

Dua misi wajib yang disasarkan ialah FesDLa 2026 dan Video Kreatif Perak Sejahtera 2030, pada masa yang sama akan menyertai mana-mana pertandingan di pelbagai peringkat. 

Apabila hadir seorang murid yang berbakat, disambut oleh guru-guru yang penuh minat, dan dipimpin oleh Guru Besar yang punya matlamat... maka terciptalah sebuah resepi agung yang melakar kejayaan demi kejayaan!

Terima kasih SK Seri Serdang Sitiawan jemput untuk berkongsi, semoga dapat terus membawa daerah Manjung ke peringkat antarabangsa. 

#TerusMenyala
#akademiyoutuber 
#edufluencersperak 
#edufluencerskpm 
#cikgusuffi
#kitabantukita




Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top