Tuisyen Percuma di Youtube anjuran Sektor Pembelajaran JPN Perak mendapat sambutan luar biasa!

Tuisyen Percuma di Youtube anjuran Sektor Pembelajaran JPN Perak mendapat sambutan luar biasa!

Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!



Syukur Alhamdulillah hari ini sejarah tercipta apabila guru-guru yang mendapat bimbingan dari Akademi Youtuber Malaysia dapat menyumbang bakti di peringkat yang lebih tinggi apabila terlibat secara langsung dalam siri Tuisyen Percuma kerjasama Sektor Pembelajaran JPN Perak, Edufluencers JPN Perak dan Akademi Youtuber. 




Guru-guru yang menjayakan Tuisyen Percuma secara langsung melalui pelantar Youtube ini telah dilatih sejak julai 2020 semasa pandemik Covid-19 melanda negara. Sehingga kini jumlah keseluruhan sesi Tuisyen Percuma yang terkumpul berjaya dilaksanakan sehingga kini ialah sebanyak 7,031 sesi. 



Sebagai pengasas kepada Akademi Youtuber, saya sangat kagum dengan pencapaian ini apabila dapat melihat kemenjadian guru yang mendepani cabaran dunia pendidikan digital di Malaysia apabila kita dapat melaksanakan sesuatu yang luar biasa dan menyeronokkan. Membawa guru-guru sehinga ke tahap ini bukanlah mudah, semuanya hasil pengorbanan team pengurusan AYU dan sokongan padu tidak berbelah bagi daripada pihak PPD, JPN dan KPM.

Lazimnya keseluruhan Tuisyen Percuma yang dijalankan sebelum ini hanya melibatkan pelajar yang menyertai menggunakan peranti sendiri sahaja. Pada kali ini, kerjasama luar biasa dengan Sektor Pembelajaran JPN Perak meluaskan skop pelajar yang mendapat manfaat dengan melibatkan semua sekolah berasrama di negeri Perak untuk menyertainya. Di sini sejarah tercipta, pada malam ini ribuan murid berkumpul di dewan sekolah masing-masing menyaksikan Youtuber Pendidikan menjalankan kelas Matematik untuk pelajar tingkatan 4 secara atas talian. 



Selepas 8 jam sesi ditamatkan, jumlah penonton yang diterima berdasarkan jumlah views di Youtube sudah mencecah lebih 2,800 tontonan dan jumlahnya terus bertambah dari semasa ke semasa. 



HAPPY ENDING!

Seperti biasa, siri Tuisyen Percuma AYU tidak sah kalau tiada elemen 'Happy Ending' bersama pelajar. Pada kali ini para pelajar bukan sahaja berpeluang naik ke konti malah berpeluang mendapat Baucer membeli belah di Shopee untuk barangan bernilai RM50. Tiada gambaran untuk kegembiaraan yang lain selain dapat melihat kegembiraan para pelajar dapat menguasai dan menjawab dengan betul apa yang telah guru sampaikan. Semoga bingkisan kegembiraan ini menjadi kenangan terindah dalam lipatan sejarah hidup mereka sebagai seorang pelajar dan terus mencipta kecemerlangan dalam dunia pendidikan. 

Tahniah Cikgu Ling sebagai ketua panitia matematik sekolah menengah di Akademi Youtuber merangkap control host, Cikgu Norazlin sebagai presenter dan Cikgu Farra sebagai moderator yang bertugas pada sesi kali ini. Kalian memang hebat!

















Terima kasih kepada semua sekolah yang terlibat, warden, guru pembimbing dan pengetua yang menjayakan program ini. Semoga progam seumpama ini dapat diteruskan kerana di Akademi Youtuber kita memiliki ramai Youtuber Pendidikan di seluruh negara yang mampu menjalankan Tuisyen Percuma melalui kaedah penstriman digital. Semoga kehebatan dan bakat-bakat guru ini dapat terus diketengahkan dengan kerjasama seperti ini untuk kemenjadian murid seluruh negara. Jumpa minggu depat untuk siri yang seterusnya! Terima kasih. 

 
BACA JUGA :

🔴 Siaran langsung temu bual Selamat Pagi Malaysia, RTM bersama Cikgu Suffi dan Cikgu Zuly

🔴 Siri Perkongsian Ilmu Blogger bersama Cikgu Suffi dan rakan-rakan

🔴 Youtuber Pendidikan mengorak langkah membuka tirai tahun 2023

🔴 Jom sertai kami! Panggilan untuk semua penyedia konten pendidikan di Malaysia.




Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top