[Video] Perasmian dan showcase Projek Kelestarian Jagung SK Pangkalan TLDM #skptldm1

[Video] Perasmian dan showcase Projek Kelestarian Jagung SK Pangkalan TLDM #skptldm1




Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!


Part 1 : Majlis perasmian


Part 2 : Aktiviti bersama murid, penuaian dan pengurusan hasil selepas tuai. 


Jutaan terima kasih kepada Laksamana Muda Dato' Anuar bin Mohamed, Panglima Latihan dan Pendidikan TLDM hadir merasmikan Projek Kelestarian Jagung SK Pangkalan TLDM. Semoga segala usaha ini dapat memberi nilai tambah kepada pembelajaran murid dalam mendalami Kemahiran melalui Reka Bentuk yang turut melibatkan guru mata pelajaran masing-masing. 

Projek ini dijalankan bersama murid-murid dari kelas 4 Topez dan 4 Zamrud dengan bimbingan daripada guru subjek masing-masing. Sebanyak 500 pokok jagung ditanam mulai pertengahan bulan Julai yang lalu berjaya dituai hasilnya pada awal bulan Oktober tahun ini. 

Tarikh : 29 September 2023
Hari    : Jumaat
Masa  : 10.00 - 11.30 pagi
            
TENTATIF : 
10.00 pagi
 - Kehadiran perasmi
  - perasmian projek kelestarian jagung

10.40 pagi
- Tayangan slaid
- Persembahan murid 4Z dan 4T
- Showcase

11.30 pagi
Jamuan


PERASMIAN DAN SHOWCASE PROJEK KELESTARIAN JAGUNG SK PANGKALAN TLDM #skptldm1

 
BACA JUGA :

🔴 Siaran langsung temu bual Selamat Pagi Malaysia, RTM bersama Cikgu Suffi dan Cikgu Zuly

🔴 Siri Perkongsian Ilmu Blogger bersama Cikgu Suffi dan rakan-rakan

🔴 Youtuber Pendidikan mengorak langkah membuka tirai tahun 2023

🔴 Jom sertai kami! Panggilan untuk semua penyedia konten pendidikan di Malaysia.




Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

1 Ulasan

To Top