Lawatan penanda aras TV PSS bersama SSTP, JPN Perak ke Terengganu

Lawatan penanda aras TV PSS bersama SSTP, JPN Perak ke Terengganu

HARI PERTAMA





Bergerak ke Terengganu dari SSTP, JPN Perak
Rombongan disertai guru-guru TV PSS terpilih bersama krew penerbitan yang terdiri dari pelajar sekolah masing-masing. 

Misi utama pada kali ini untuk melihat bagaimana Perak boleh menyusul untuk bergelar johan di peringkat kebangsaan. 

Sampai di SSTP, JPN Perak dan kami bermalam di sini sebelum memulakan perjalanan seterusnya pada hari esok. 



HARI KEDUA

Selepas sarapan pagi, kami bergerak ke SMK PAKA untuk lawatan penanda aras TV PSS terbaik peringkat kebangsaan. Semoga pendedahan ini dapat berikan inspirasi kepada semua guru TV PSS di negeri Perak. 

Sampai ke SMK Paka dan sedang berada di dalam Bilik Mesyuarat Hajah Noorizan, menerima taklimat khas daripada Tuan Pengetua. Pengacara majlis dan pengendali tayangan slaid dikelola sepenuhnya oleh para pelajar. 


Cikgu Kamal GP TVPSS SMK PAKA

JOHAN STUDIO TVPSS, KEMENJADIAN MURID


PUSAT SUMBER KONDUSIF

Kami juga tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke Pusat Sumber Sekolah, sangat kondusif dan rasa macam taknak keluar bila masuk sini. Tidak hairanlah kemenjadian murid-murid di sini sangat luar biasa. Lihatlah kehebatan guri-guru dan seluruh warga sekolah yang menjadikan tempat mereka menimba ilmu secantik ini. 


LAMAN MINDA SIHAT


Sudut yang digunakan untuk guru-guru membawa pelajar bagi aktiviti di luar kelas. 

Mewakili SK Pangkalan TLDM untuk memyampaikan sijil jalinan kerjasama SMK PAKA - SK PANGKALAN TLDM bersama Tuan Pengetua. 

Terima kasih kepada seluruh warga SMK PAKA di atas sambutan dan layanan mesra untuk kami sepanjang sesi lawatan penanda aras pada hari ini. Sedap-sedap menu makanan tengahari dan turut disediakan jajan untuk perjalanan pulang. Semoga berjumpa lagi, jemputlah ke negeri Perak pula nanti. 


KERJA LAPANGAN

Petang ini kita ada kerja lapangan dengan krew penerbitan dan wartawan TV PSS dari beberapa buah sekolah di sekitar kawasan penginapan.  


SESI BEDAH VIDEO MEMBURU SI MATA BIRU BERSAMA KPP SSTP JPN PERAK

Di sebelah malam kita ada sesi membedah video Membiru Si Mata Biru terbitan TV PSS SK Pangkalan TLDM khususnya bersama KPP Tn. Hj. Noor Azman Shah berkaitan aspek teknikal editing serta nilai tambah yang perlu dimasukkan. Hampir dua jam sesi pembedahan berlangsung dan insyaAllah segala ilmu yang dikongsikan sangat bernilai tinggi dan akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk video yang akan datang. 

HARI KETIGA

Di sebelah pagi selepas sarapan kami berkunjung ke Galeri SSTP yang terdaoat di sini untuk melihat pelbagai peralatan menarik yang sudah sukar diperolehi pada masa kini. Sebahagiannya sudah menjadi barang antik yang digunakan zaman dulu. 

Destinasi seterusnya kita berangkat ke SK Gong Badak, jom tengok apa yang menarik di sana. 

Mendapat taklimat daripada Tuan Guru Besar SKKGB Cikgu Azmi, 


turut hadir Tn. Hj. Akram Bin Abdul Majid Penolong Pengarah SSTP Terengganu. 

antara intipati yang menarik ialah bagaimana kemenjadian murid itu dapat diiktiraf dengan anugerah-anugerah peringkat kebangsaan. 

Memfokus kepada TV PSS, Pertandingan video TV PSS melihat kepada kepetahan murid, perlu ada 3M - mendidik, mengkaji, menyampai. 

SKK Gong Badak adalah sekolah yang kemenjadian muridnya terbaik di Terengganu, pernah menjuarai johan video TV PSS peringkat kebangsaan dan menjadi sekolah contoh kepada kumpulan TV PSS dari sekolah-sekolah lain. 

"Yang berjaya, murid yang sangat menghargai gurunya." Tn. Hj. Akram @ Amir Bin Abdul Majid. 

Seterusnya kami dibawa ke Studio TV PSS SK Kompleks Gong Badak untuk melihat sendiri segala kehebatan yang menjadikan sekolah ini dinobatkan sebagai Johan TV PSS peringkat kebangsaan. 



Sudut pencapaian yang dicapai oleh Murid dan Studio TV PSS itu sendiri. Pelbagai anugerah dari pelbagai peringkat dipamerkan di sini



Turut memiliki bikik khas untuk kerja-kerja penyuntingan. 


Bilik persediaan wartawan TV PSS




Sebuah bilik kecil yang dijadikan studio 'green screen' untuk rakaman tugasan mahuoun bersiaran secara langsung dilengkapi sebuah komputer pengoperasian. 

Pengguna dapat melihat paparan latar belakang semasa di skrin yang menghadap studio. 

Sebuah bilik Projek Inovasi Kajian Kelautan dan Pawagam Mini turut terdapat di sekolah ini dengan kerjasama beberapa agensi Pengajian Maritim yang terdapat di sekitar kawasan ini. 








Mewakili SK Pangkalan TLDM untuk menyampaikan sijil jalinan kerjasama SK Kompleks Gong Badak - SK Pangkalan TLDM.


Bergambar kenangan bersama Tn. Hj Akram @ Amir bin Abdul Majid, Penolong Pengarah SSTP Terengganu. Antara individu yang memperjuangkan TV PSS untuk dikembang luas ke seluruh negara. Hebat pengorbanan beliau demi kemenjadian murid khususnya dalam bidang penyiaran. 



Di sebelah malam, program diteruskan dengan ucapan aluan daripada KPP SSTP Perak, Tn. Hj. Noor Azman Shah bin Mohd Yusoff disusuli KPP SSTP Terengganu, Tn. Nize bin Muhammad. 

Pada masa yang sama turut menyampaikan sijil jalinan kerjasama SK Pangkalan TLDM - SSTP JPN Terengganu. 

HARI KEEMPAT

Hari terakhir kami dalam sesi lawatan penanda aras pada kali ini, semoga selamat sampai ke Ipoh dan dipermudahkan segala urusan. 




Jutaan Terima Kasih SSTP JPN Perak dan SSTP JPN Terengganu di atas ruang dan peluang yang sangat bermakna, terus bersemangat untuk mengikut jejak langkah sekolah-sekolah hebat yang dilawati. Terbaik! 

KESIMPULAN

Lawatan penanda aras pada kali ini memperlihatkan keupayaan yang sebenar boleh dilakukan di sekolah tanpa mengira lokasi. Setiap kali masuk pintu pagar sekolah kita rasa seperti biasa masuk ke sekolah lain. Tetapi setiap kali melangkah masuk ke Studio TV PSS mereka diibaratkan masuk ke satu persekitaran yang luar biasa!. Kemenjadian murid tidak dapat dinafikan sekiranya pihak sekolah dapat mewujudkan satu tempat yang kondusif segar dan menyeronokkan!. Tidak mustahil jika ada tugas-tugas khas, pasti ada yang sedia bekerja lebih masa. InsyaAllah, segala dapatan ini akan dibentangkan kepada pentadbir sekolah untuk melihat tindakan susulan. Semangat berkobar-kobar untuk lakukan sesuatu selepas berkunjung ke negeri pelopor TV PSS di Malaysia.

Segmen kupasan video Memburu Si Mata Biru memberi input yang lebih teknikal dan bernilai tinggi untuk diaplikasikan untuk penerbitan video seterusnya.  Kita terus mara! 

Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top