Terima Kasih JPN Perak, Edufluencers Perak ~ Kita Terus Mara!

Terima Kasih JPN Perak, Edufluencers Perak ~ Kita Terus Mara!




Jutaan terima kasih kepada JPN Perak yang memberi kepercayaan kepada kami Edufluencers KPM dari negeri Perak untuk terus menyumbang bakti melahirkan lebih ramai Edufluencers dari negeri ini. Teras ketujuh hala tuju KPM akan kita capai dengan jayanya.

@cikgusuffi Tahniah Edufluencers Perak! https://www.cikgusuffi.com/2023/08/terima-kasih-jpn-perak-edufluencers.html #edufluencerskpm #edufluencerperak ♬ Powerful songs like action movie music - Tansa

Berikut adalah kronologi bagaimana kami Edufluencers KPM di negeri Perak menerima penghargaan daripada pihak JPN dengan harapan lebih ramai guru dari negeri ini akan menyertai Edufluencers 3.0 yang telah bermula pencariannya. KLIK DI SINI UNTUK MEMOHON. 


Program Edufluencers Negeri Perak telah dijalankan dengan menghimpunkan Edufluencers KPM bersama mentee masing-masing pada 14-16 Jun 2023 anjuran Sektor Pembelajaran JPN Perak. 

Terima Kasih Puan Hajah. Bainah, Puan Musfirah, Dr. Najihah dan para pegawai dari Sektor Pembelajaran. 


Menerima Sijil Khas Edufluencers KPM daripada YB. Fadhlina, Menteri Pendidikan Malaysia dalam Persidangan Edufluencers KPM pada 8 hingga 10 Julai 2023. 


Menerima Sijil Pelantikan sebagai YDP Edufluencers Perak daripada Tuan Pengarah, En. Mohamad Fauzi Bin Mahson dalam perhimpunan bulanan Jabatan Pendidikan Negeri Perak baru-baru ini. 


Menyampaikan Resolusi Edufluencers JPN Perak kepada Tuan Pengarah En. Mohamad Fauzi Bin Mahson. Para Edufluencers JPN Perak sentiasa bersedia menyumbang bakti untuk negeri Perak. 

Terima kasih tidak terhingga juga kepada Tuan Haji Musa Bin Haji Hamid (PPD Manjung), Tuan Syed Rujhan Bin Syed Alwi (USTP) dan seluruh warga PPD Manjung yang tidak pernah berhenti memberi sokongan kepada kemenjadian guru-guru di daerah ini. Manjung Hebat!. 

Kita Terus Mara! 
#EdufluencersPerak

Maklumat lanjut : KLIK DI SINI



Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top