Benih disemai semoga kemanisan dapat dituai... #Jagung2023 #EdufluencerPerak

Benih disemai semoga kemanisan dapat dituai... #Jagung2023 #EdufluencerPerak



Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!

"Cikgu bawa apa tu?! Biji benih... mesti kita kena tanam hari ni." 


Cikgu nak belanja jagung cup, tapi bukan hari ni.. 65 hari dari sekarang... 

Alhamdulillah cuaca pun tak panas sangat, musim hujan kembali kita mula bercucuk tanam. Hari ini dijangka menjadi hari yang paling sesuai untuk membenamkan biji benih jagung ke dalam polybag yang tersedia. 

Minggu lepas selesai proses menyemak alatan pengairan, pump berfungsi dengan baik, microtubing pun tidak tersumbat cuma dripper hilang entah ke mana dalam 50 unit. Mungkin terbang ketika pekerja pembersihan memotong rumput sebelum-sebelum ini. 


Penggunaan weedmat dapat mengurangkan kos kawalan rumpai kerana racun sekarang sangat mahal, jimat tenaga dan jimat kos racun. Tapak projek pun dapat dipatikan sentiasa bersih dan selamat dengan kawalan minima. 

Hari ini setiap murid mempelajari teknik mengenal biji benih, pengasingan dan cara menanam dan sedikit 'teknik rahsia' yang diperolehi secara tidak sengaja diajar kepada murid-murid. 65 Hari dari sekarang kita akan melihat pertunbuhannya dari semasa ke semasa. Semoga ada kemanisan di penghujungnya... aminnn... 



BACA JUGA :

🔴 Siaran langsung temu bual Selamat Pagi Malaysia, RTM bersama Cikgu Suffi dan Cikgu Zuly

🔴 Siri Perkongsian Ilmu Blogger bersama Cikgu Suffi dan rakan-rakan

🔴 Youtuber Pendidikan mengorak langkah membuka tirai tahun 2023

🔴 Jom sertai kami! Panggilan untuk semua penyedia konten pendidikan di Malaysia.




Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top