Pengalaman sertai kontinjen negeri Perak ke Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2023

Pengalaman sertai kontinjen negeri Perak ke Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2023


Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!


Alhamdulillah 15/5/2023 berpeluang menyertai Kontinjen Negeri Perak untuk menghadiri sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan yang berlangsung di MITC, Melaka. Kami bertolak dari pejabat SSTP, JPN Negeri perak menaiki bas. 




Perjalanan ke MITC mengambil masa dalam lebih kurang 6 jam tidak terasa kerana sibuk berbual dengan ikon-ikon peringkat negeri dalam bidang masing-masing. Ibarat satu sesi berkenalan dengan rakan-rakan guru yang tidak pernah bersua secara bersemuka sebelum ini. Antaranya Cikgu Kamal, Ikon sukan peringkat negeri perak, Cikgu Hafiz dari Hulu Perak, Cikgu Nasree dan ramai lagi. 



Kontinjen Perak yang menaiki bas diuruskan oleh En. Nor Azami sebagai pemandu arah kepada guru-guru berkenaan dengan pergerakkan masa di satu-satu tempat. Semuanya berjalan lancar sehingga sampai ke destinasi. 





Pada sebelah malam diadakan satu majlis bersama En. Mohamad Fauzi Bin Mahson, Pengarah JPN Perak yang turut disertai barisan pegawai-pegawai dari JPN dan PPD. 


Di kesempatan yang ada tidak dilepaskan peluang untuk bergambar bersama Tuan Pengarah JPN Perak, En, Mohamad Fauzi Bin Mahson dan Cikgu Hafiz.


Seterusnya pasti tidak melepaskan peluang untuk bersua muka bersama En. Noor Azman Shah Bin Mohd Yusoff, Ketua Penolong Pengarah Sektor Sumber Teknologi Pendidikan. Pertemuan yang agak singkat namun padat dengan perbincangan bagaimana untuk melahirkan lebih ramai 'Content Creator' khususnya untuk negeri Perak. InsyaAllah Akademi Youtuber yang dibangunkan bersedia menyumbang khidmat bakti untuk dunia pendidikan digital di Malaysia. 



Selesai menghadiri majlis Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2023 di MITC Melaka kami terus berangkat pulang ke negeri Perak dan alhamdulillah selamat sampai semuanya seperti yang dirancang. 

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur Jabatan Pendidikan Negeri Perak yang memberi peluang kepada kami guru biasa menyelami suasana luar biasa untuk sambutan hari guru peringkat kebangsaan pada kali ini. Semoga pengalaman ini dimanfaatkan sepenuhnya sebagai sumber inspirasi untuk berikan yang lebih baik dalam perkhidmatan. Terima kasih. 

 
BACA JUGA :

🔴 Siaran langsung temu bual Selamat Pagi Malaysia, RTM bersama Cikgu Suffi dan Cikgu Zuly

🔴 Siri Perkongsian Ilmu Blogger bersama Cikgu Suffi dan rakan-rakan

🔴 Youtuber Pendidikan mengorak langkah membuka tirai tahun 2023

🔴 Jom sertai kami! Panggilan untuk semua penyedia konten pendidikan di Malaysia.




Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top
Join Our Group