Guru Cemerlang? Guru Ikon Kebangsaan? Jom serap aura positif mereka!

Guru Cemerlang? Guru Ikon Kebangsaan? Jom serap aura positif mereka!


Bukan senang nak dapat berjumpa dengan guru-guru hebat negeri Perak! 

Alhamdulillah hari ini dapat berbengkel bersama dengan mereka, teruja dan terasa aura positif mereka. 

Bengkel yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Perak iaitu Puan Sabarina Binti Jamaluddin. 

PPD Kinta utara menjadi lokasi kami berbengkel pada hari ini. Semoga apa yang dikongsikan dapat dilaksanakan mengikut garis masa yang ditetapkan. 

Terima Kasih JPN Perak memberi sokongan penuh, semoga dapat terus membawa perkhabaran gembira dari semasa ke semasa untuk negeri Perak, daerah Manjung dan SK Pangkalan TLDM. 

"kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya". 

Selamat maju jaya untuk semua! 

Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

1 Ulasan

  1. Alhamdulillah..Persidangan guru-guru yang cemerlang pasti menatijahkan hasil yang gemilang, semoga segala kerja buat dirahmati dan dipermudahkan oleh Yang Maha Kuasa...baarokallah!

    BalasPadam
To Top