Blogger Pendidikan? Barang lama masih berjasa! #MISI2023 #BloggerPendidikan #AkademiYoutuber

Blogger Pendidikan? Barang lama masih berjasa! #MISI2023 #BloggerPendidikan #AkademiYoutuber

Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!



Blogger?
Bukan dah lama ke blog-blog ni?
Masih relevan ke menulis blog?

Bagi yang berkecimpung dalam dunia internet seawal 1999 tidak dapat dinafikan peranan blogger dalam menyebar ilmu pengetahuan dengan begitu pantas pada ketika itu. Disempurnakan dengan enjin carian Google menemukan pengguna terus kepada kata kunci yang dicari. Pada ketika itu rata-rata ilmu dikongsikan melalui laman-laman blog yang disediakan pelantarnya oleh pihak Google. 

Kehadiran sesuatu akan menengelamkan sesuatu kerana dihitung sebagai sudah tidak relevan dengan perkembangan teknologi semasa. Namun untuk laman blog, ternyata masih relevan sehingga hari ini kerana begitu banyak ilmu yang dikongsikan pada satu ketika dulu berkekalan di alam maya sehingga hari ini. 

Dunia penulisan laman blog boleh dimeriahkan kembali jika kena dengan cara dan memiliki komuniti sokongan yang padu!. Seperti awal tahun ini para Youtuber Pendidikan dari Akademi Youtuber Malaysia membuat kejutan dengan pendaftaran lebih 70 nama domain baharu yang secara keseluruhannya membawa mesej yang jelas semakin banyak perkongsian berkaitan pendidikan dilakukan dunia pendidikan digital kita semakin meriah!

Walaupun disaat ini sambutan daripada para pelajar dan ibu bapa masih berada di peringkat permulaan namun perkembangan teknologi dari semasa ke semasa akan menjadikan keperluan pada masa hadapan tersedia bermula pada hari ini. 

InsyaAllah sebelum cuti sesi persekolahan 2022 ini saya akan habiskan perkongsian ilmu blogger bersama rakan-rakan guru untuk kita terus berkarya pada sesi persekolahan berikutnya. Setiap perkongsian memiliki nilai yang tersendiri bagi mereka yang tahu menghargainya. 

Jangan lepaskan peluang, ikuti 10 siri perkongsian secara langsung di Channel Cikgu Suffi mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Semoga bermanfaat, tinggalkan sesuatu yang berguna untuk generasi masa hadapan. 

Terima Kasih.!

Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

2 Ulasan

  1. Balasan
    1. Selamat berjuang! Bersama kita mendepani teras hala tuju pendidikan negara yang ke-7

      Padam
To Top