Terima kasih warga Pejabat Pendidikan Daerah Manjung

Terima kasih warga Pejabat Pendidikan Daerah Manjung

Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!



Utusan penghargaaan disertakan gambar Tuan Haji Musa Bin Hamid, Timbalan PPD (Bahagian Pengurusan Sekolah). 


Terkejut tengok telegram sekolah semalam tiba-tiba tuan Guru Besar kongsikan utusan penghargaan daripada warga Pejabat Pendidikan Daerah Manjung berkaitan kejayaan Akademi Youtuber Apps merangkul 'Gold Award' dan 'Special Award' dalam National Innovation & Invention Competition (NIICE 2022) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). 

Alhamdulillah pasukan inovasi Akademi Youtuber Malaysia (AYU) yang diketuai oleh Cikgu Hamidah telah berjaya melatih ramai guru-guru di Malaysia untuk menyertai pertandingan-pertandingan inovasi dari peringkat kebangsaan hingga peringkat antarabangsa. 

Saya juga pernah membawa beliau ke daerah Manjung melalui USTP secara maya membicarakan tentang inovasi-inovasi dalam pendidikan, untuk memberi pendedahan kepada rakan-rakan guru dalam daerah ini. Siaran ulangan boleh tonton di sini :

https://youtu.be/kKouUH05_mc


Di Akademi Youtuber, inilah insan yang bertanggungjawab membimbing rakan-rakan guru menyertai pertandingan inovasi membawa Inovasi yang dihasilkan sendiri mahupun berkumpulan. 

Untuk Akademi Youtuber Apps, Inovasi yang dipertandingkan adalah secara berkumpulan kerana Apps ini dibangunkan dengan kerjasama lebih 1200 Youtuber yang telah berjaya menyenaraikan lebih 25,000 video pendidikan di dalamnya dan jumlah ini sedang meningkat dari semasa ke semasa. 


Terima kasih barisan pentadbir dan rakan-rakan guru dari SK Pangkalan TLDM yang turut meraikan kejayaan ini. Semoga kejayaan demi kejayaan yang dicapai guru dan murid terus menaikkan nama sekolah sebagai bukti kemenjadian murid dan guru dari SK Pangkalan TLDM, Lumut. 

Terima Kasih Warga Pejabat Pendidikan Daerah Manjung, warga pendidikan yang sangat menyokong kerja buat para pendidik di dalam daerah ini. Jangan jemu membimbing kami guru-guru biasa untuk menjadi luar biasa dengan izin Allah s.w.t. 

Sendirian kita biasa, bersama jadi luar biasa.

Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top