Semoga adik Zahir akan pulang mengubat kerinduan En. Mohd Fauzi Abd Ghaffar

Semoga adik Zahir akan pulang mengubat kerinduan En. Mohd Fauzi Abd Ghaffar



Saya terlintas untuk mengulas sedikit berkaitan isu kehilangan ini berdasarkan apa yang pernah saya dengar sendiri daripada orang-orang lama yang ada diantaranya sudah meninggalkan kita. 

Bila berlaku kehilangan dan tak jumpa oleh pihak berkuasa kita akan kerap bertanya kenapa hilang? macamana boleh hilang? bila hilang? 

Di sini apa yang diceritakan ada persamaan dengan beberapa perkara yang saya pernah dengar sendiri iaitu waktu hilang. Kebanyakkan kehilangan berlaku waktu maghrib, pada waktu ini kita sedia maklum adalah waktu pertukaran aktif makhluk ciptaan Allah. Selalu orang tua-tua berpesan di kampung jangan berada di luar pada waktu ini, henti segala permainan, duduk dalam rumah. 


Saya tertarik untuk respon berkaitan soalan ini, sebabnya saya pernah bertanya sendiri dengan seseorang yang anaknya pernah 'Diambil' dan ada dikalangan saudara mara mampu berkomunikasi dengan anak yang diambil. 

KENAPA AMBIL? 

1. Kerana yang diambil pada ketika itu berada dalam keadaan 'tidak selamat' dari ancaman makhluk atau kemalangan yang lain. Contoh mangsa berjalan dan tidak sedar ada perigi di depannya kerana waktu maghrib gelap dan sebelum mangsa melangkah masuk ke dalam perigi maka dia akan diambil pada ketika itu. 

2. Kerana Ibu Bapa akan diberi kelebihan tertentu seperti mampu untuk membuat rawatan tradisional berdasarkan kehilangan tersebut. 

BOLEH TAK PULANGKAN? 

Boleh, tapi perlu bertemu dengan orang yang tepat untuk mengaturkan komunikasi dengan pihak sebelah sana untuk memulangkan kembali dan lazimnya akan ada syarat-syarat yang ditetapkan tetapi syarat tersebut tidaklah membebankan seperti penggantian dengan seekor ayam jantan, itik dan sebagainya. 

Saya bercerita berdasarkan apa yang saya dengar di usia remaja dan mungkin apa yang saya ceritakan ini mampu membantu En. Fauzi untuk ikhtiar mengembalikan Zahir ke pangkuan. 

Di Kampung Relau, Sungai Bakap Pulau pinang ada seorang yang mungkin boleh membantu En. Fauzi, cari Pakcik Bidi, anaknya juga ada yang pernah diambil dan dia boleh berkongsi pengalaman, cuba berkomunikasi untuk mendapatkan kepastian. Semoga mereka yang memiliki kelebihan ini masih hidup untuk menghulurkan bantuan ikhtiar bagi yang memerlukan. 

Segala kejadian adalah perancangan Allah s.w.t dan kita hanya mampu untuk berusaha dan berdoa diberikan kekuatan. Saya doakan usaha En. Fauzi dipermudahkan Allah s.w.t dan semoga membantu.

Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

1 Ulasan

  1. Moga dipermudahkan urusan en fAuzi dan segera bertemu dengan anaknya.. 😔

    BalasPadam
To Top