Hebatnya penangan pisang emas Cikgu Matematik! Ingat sampai sekarang.

Hebatnya penangan pisang emas Cikgu Matematik! Ingat sampai sekarang.

Cikgu Rohaizat  : 'Esok kita nak main berniaga, ada yang akan jadi peniaga, ada yang akan jadi pembeli.' 

Murid : Wah! Nak berniaga apa Cikgu? 

Cikgu Rohaizat : 'Kita buka kedai buah-buahan, apa saja buah yang ada kat rumah kamu boleh bawa kita jual!' 

Murid: Menarik! Baik Cikgu! 

Belum lagi balik sekolah senarai pokok-pokok keliling rumah sudah mula menyenaraikan buah apa yang ada, durian, rambai, langsat, jambu air, jambu susu, rambutan... sampai pokok rumah jiran pun masuk sekali dalam senarai! haha... 

Ok, jambu air sentiasa ada... yang lain-lain bermusim tak ada rezeki nak berniaga! 

Tak sabar tunggu esok! 

Cikgu Rohaizat : Kita susun semua buah kat atas meja ni, Cikgu ada bawa Pisang Emas! 

Murid : Wah! Cantiknya! 

Selalu pisang tepi rumah tu berbintik-bintik, memang rupa tak menarik langsung maklumlah tak dijaga penuh dengan kasih sayang mana nak sama dengan pisang dari kedai! Teruja!

Cikgu Rohaizat : Kumpulan mana yang berjaya menjalankan aktiviti jual beli tanpa kesilapan mengira wang, kumpulan tu akan menang! Hadiahnya cikgu bagi makan pisang! 

Murid : Yeayyy!!!!!! 

Sesi jual beli berlangsung ala-ala drama spontan, cikgu duduk kat tepi, jual lah kamu nak jual harga berapa pun, yang penting jumlah duit yang dibayar dan baki dipulangkan tepat! 

Belajar cara membeli,
Belajar cara menjual,
Belajar cara mengira jumlah harga dan baki. 

Alhamdulillah kumpulan kami menang! dan dapat menikmati keenakan pisang emas yang sangat hebat!

Bila sudah bergelar Cikgu, sebenarnya tidak susah pun untuk melakarkan memori indah dalam minda anak-anak didik kerana hanya dengan membawa kelas keluar sedikit dari papan hitam dan kapur, ditambah dengan elemen luar yang lebih maujud mampu membenamkan satu ingatan yang kuat untuk anak-anak didik kita. 

'Kasih Sayang' , pendekatan yang mampu melahirkan murid yang sentiasa fokus dengan apa yang kita sampaikan dan ingatannya berkekalan selamanya. 

Semoga semua guru-guru yang pernah mengajar diri ini ditempatkan di syurga Allah bersama-sama dengan orang yang beriman. Amin.






Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top