Google Certified Educator ni sebenarnya untuk apa?
Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!
Nanti dulu! Sebelum itu saya turut ingin menyimpulkan diantara kebaikan menjadi GCE berdasarkan persepsi sendiri menggunakan analogi mudah untuk difahami :
1. Menguji sejauh mana keupayaan diri sendiri
Pertama kali menduduki ujian ini dapat rasa semakin banyak kita tahu maka semakin banyak yang kita tidak tahu, hanya dengan menduduki ujian ini kita mampu mengukur keupayaan diri yang sebenar sepenuhnya. Setiap soalan memerlukan kita bukan sahaja faham berdasarkan apa yang selalu kita guna sebaliknya beberapa langkah lain yang kadangkala kita tidak pernah guna. Sangat mencabar!
2. Membina keyakinan untuk menyampaikan ilmu kepada orang lain
Pengiktirafan ini mampu memberi keyakinan kepada guru-guru khususnya sekiranya untuk menyampaikan ilmu berkaitan mana-mana aplikasi pendidikan google. Jadi tidaklah tiada jawapan jika ada yang bertanya dia ni siapa? ada sijil ke? berlainan pula dengan saya asalkan saya nak berkongsi abaikan tiada apa-apa sijil yang penting rakan-rakan guru dapat dan mampu untuk melaksanakan apa-apa jua yang dihajati.
3. Menyertai komuniti 'satu kepala'
Bagi yang belum berada dalam mana-mana komuniti positif lagi membina amat sesuai untuk berada dalam komuniti ini yang lazimnya menghimpunkan guru-guru yang memiliki minat yang sama. Berkumpul berbual isu yang sama sudah pasti menyeronokkan berbanding duduk dalam komuniti yang tiada orang boleh berbuah dengan kita berkaitan apa yang kita minati.
4. Melahirkan lebih ramai 'Creator'
Dijangkakan lebih ramai 'Creator' akan dilahirkan melalui penglibatan guru-guru Malaysia dalam kumpulan ini kerana secara langsung apa yang dilalui seterusnya sampai kepada Trainer dan Innovator yang memerlukan kita menghasilkan inovasi sendiri berdasarkan aplikasi-aplikasi yang telah dibekalkan oleh Google.
5. Meyakinkan pihak tertentu untuk menjemput membuat perkongsian
Seperti biasa, bagi yang menjadikan apa jua pengiktirafan dan anugerah sebagai tiket untuk melayakkan seseorang itu dijemput ke apa jua acara sudah pasti akan melihat dari sudut memiliki atau tidak. Memiliki pengiktirafan akan menjadi satu kelebihan kepada usaha yang telah dilakukan sebelum ini atau di masa akan datang.
Itu saja sedikit sebanyak ulasan mudah untuk memahami berkaitan GCE dari sudut rasmi dan dari sudut pandangan peribadi, sekiranya anda turut memiliki pandangan peribadi yang lain dan tidak tersenarai boleh tinggalkan di ruangan komen. Semoga semua pemegang-pemegang GCE dapat terus berkongsi dan menerbitkan lebih banyak inovasi untuk dunia pendidikan digital di Malaysia.
Terima Kasih.
TAHNIAH
PENGHARGAAN
Terima kasih Cikgu Nurlisa ( ChekguLK ) dari team GEG Beaufort, Sabah yang sudi mempengaruhi diri ini mengambil ujian. Pihak MDEC yang menaja baucar percuma dan tidak lupa PPD Beaufort yang sentiasa memberi sokongan padu kepada content creator.
Alhamdulillah semua soalan berjaya dijawab dalam tempoh 1 jam 10 minit, ujian berjaya ditamatkan pada jam 2:30 pagi kebetulan terjaga dan tak boleh tidur, alang-alang tak tidur baik kita jawab ujian! Mujur lulus kalau tak lulus harap-harap hanya mimpi. Syukur!.
Terima kasih!
Catat Ulasan