Hari Terbuka PPD : Live Streaming Control Host

Hari Terbuka PPD : Live Streaming Control Host


Sempena hari terbuka peringkat PPD Daerah Manjung, SK Pangkalan TLDM, SK Simpang Empat Sitiawan dan SMK Convent diberi ruang dan peluang untuk menjalankan penstriman langsung perjalanan Majlis yang berlangsung selama dua hari. 


Selama dua hari kami berkampung di sini untuk memastikan setiap detik indah perjalanan majlis dapat dirakam dan disematkan ke dalam Channel USTP Manjung. 


Gambar kenangan bersama En.Marzuki, Penolong PPD Sektor Pembalajaran, para wartawan cilik, En.Maswira (USTP), Dr. Syamsiah, Cikgu Scha & Cikgu Norita. 


Agak kekok pada mulanya kerana rata-rata pengacara majlis dan para wartawan tidak pernah terlibat dalam mana-mana siaran langsung sebelum ini. Setelah beberapa jam bersiaran dapat dilihat keyakinan dan keupayaan yang sebenar ditonjolkan oleh para pelajar khususnya dalam bidang penyiaran dan kewartawanan. 


Satu pengalaman yang sangat luar biasa untuk mereka kerana diberi peluang mengasah bakat masing-masing. 



Penglibatan seluruh warga PPD Daerah Manjung dalam majlis ini melancarkan perjalanan penstriman video majlis hari terbuka peringkat PPD Daerah Manjung. 

Semoga lebih banyak program-program yang melibatkan para pelajar dalam dunia pendidikan digital seperti ini kerana pengalaman ini sangat berharga untuk mereka. 

Kepada yang belum menonton video siaran langsung boleh menonton melalui pautan di bawah. 

HARI PERTAMA


HARI KEDUA













Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top