Community Strike! Bersihkan nama Youtuber di Malaysia

Community Strike! Bersihkan nama Youtuber di Malaysia



Hanya selepas 24 jam bertindak, terima perkhabaran gembira apabila cuba memasuki channel youtuber penghina agama, bangsa dan memalukan negara pada ketika ini telah mendapat hadiah lumayan daripada pihak youtube. 

"This account has been terminated!" 

Youtube bukanlah tempat untuk terlalu mengelejat mencari populariti sehinggakan halal dan haram perlu dilupakan. Jangan lupa kita ada masyarakat sekeliling yang sebenarnya mampu membentuk Content yang sepatutnya berada di dalam persekitaran mereka... itu lah sebabnya youtube memperkenalkan Community Strike! 

Masyarakat berperanan membendung dengan melaporkan kepada pihak Youtube sekiranya wujud sesuatu yang tidak normal dalam kehidupan mereka. Pergaulan bebas di luar tidak semestinya sewenang-wenangnya di bawa masuk ke media sosial, letih youtuber pendidikan berhempas pulas mendidik tiba-tiba wujudnya 'Youtuber Sampah' membusukkan nama semua Youtuber yang ada di Malaysia. 

Syabas masyarakat prihatin! semua Youtuber yang menjalankan tanggungjawab anda. Terima Kasih. 




Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top