Persiapan montaj sambutan hari guru peringkat daerah Manjung

Persiapan montaj sambutan hari guru peringkat daerah Manjung



Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!

Alhamdulillah tahun ini dapat menyumbang dalam pembinaan montaj , video tokoh guru dan tokoh kepimpinan sempena sambutan hari guru peringkat daerah Manjung 2022. 

Team rakaman, suntingan disertai oleh kombinasi juruteknik komputer daerah dan guru-guru yang diberikan amanah untuk siapkan video dalam tempoh yang ditetapkan. Satu pengalaman yang menarik dapat bekerjasama dengan pakar-pakar dalam penerbitan video, penerbangan drone dengan perlbagai kelengkapan keseluruhan bernilai puluhan ribu ringgit. 
 


Sesi pembentangan bersama dengan tuan PPD, En. Mohd Akhir Bin Abdul Latif. Secara keseluruhannya Tuan PPD berpuas hati dengan hasil yang dibentangkan dan sedia untuk ditayangkan awal pagi esok.



Sesi pembentangan turut dihadiri GB Azhar, GB Anwr, Tn. Syed Rujhan ( USTP, Manjung ), Para Juruteknik Manjung. 


Semoga kesemuanya menjadi permulaan yang baik untuk terus menabur bakti di dalam daerah Manjung. Biar jasa jadi kenangan. Jumpa esok!


Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top