Cikgu Suffi @ Sinar Harian 30 Jun 2022

Cikgu Suffi @ Sinar Harian 30 Jun 2022




Jutaan terima kasih Jacalyn dari Lumos H+K, PR agency untuk McDonald's Malaysia. 

Terima kasih McDonald's Malaysia memberi ruang dan peluang untuk terus berkarya mencungkil bakat-bakat terpendam yang dimiliki guru Malaysia khususnya dalam dunia pendidikan digital. 

Satu permulaan yang baik dapat bercampur gaul dengan orang yang baik-baik dan dapat menyumbang sesuatu dalam memartabatkan profesion keguruan. 

InsyaAllah saya akan terus berkarya sepertimana yang dinasihatkan oleh barisan pemantau dan jemaah nazir untuk 'tidak berhenti berkarya' demi untuk guru-guru di Malaysia. 

Sedikit perkembangan terkini di Akademi Youtuber kini sedang giat melatih 250 guru-guru yang baru sebulan menyertai Batch ke-5. Selain daripada itu, lebih 50 youtuber telah terpilih mengikuti sesi latihan Youtuber Elit Akademi Youtuber yang memiliki keupayaan mengendalikan portal, domain dan pengurusan pangkalan data sendiri. 

Tahniah juga kepada semua rakan-rakan youtuber yang menerima anugerah ikon di daerah dan negeri masing-masing sepanjang sambutan hari guru tahun ini. 


Terima kasih McDonald's Malaysia kerana menghargai kasa guru-guru di Malaysia



Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

1 Ulasan

  1. So inspiring cikgu Suffi.Teruskan usaha anda selagi daya.Sesungguhnya, "Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama". InsyaAllah, support sentiasa. :-)

    BalasPadam
To Top