Mereka tiada rumah tapi hati mereka sangat baik.. Ibu kota halaman luas rumah mereka.

Mereka tiada rumah tapi hati mereka sangat baik.. Ibu kota halaman luas rumah mereka.

Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!


Apabila melihat video yang dimuat naik ke youtube melalui channel friends of PDRM ini mengingatkan saya kepada dua insan gelandangan yang bernama Yusof dan Awang. 

Mereka berdua yang mengajar saya selok belok di ibu kota semasa saya bekerja sebagai pembantu operasi di sebuah Luggage yang berada di Stesen Bas Pudu Raya sekitar tahun 2000 - 2001. 

Mereka selalu berpesan kepada saya, di usia yang muda ini datang ke ibu kota jangan sesekali terlibat dengan dadah, waktu itu cukup mudah nak lihat penagih dadah beraksi sekitar lorong-lorong di belakang rumah kedai berhadapan Stesen Bas tersebut. 

Mereka berdua berasal dari Kelantan, datang ke Kuala Lumpur untuk mengubah kehidupan mencari kerja yang sesuai namun tidak seperti yang dijangkakan kehidupan di KL ini bukan semuanya indah belaka. 

Namun kehidupan diteruskan, mandi di tandas-tandas awam sekitar ibu kota kota dan tidur di kawasan parkir yang sunyi pada waktu malam. Itulah kehidupan mereka selama berada di Ibu Kota. Hiburan mereka hanya dengan melihat persembahan seniman jalanan sekitar Pasar Seni dan Bukit Bintang. 

Setiap kali habis waktu kerja kami sering berjumpa, walaupun baru kenal tapi hubungan kekeluargaan itu seolah Allah menghantar insan-insan baik ini untuk menjaga pergerakan saya dengan nasihat-nasihat mereka sampai saya selamat pulang ke rumah. Mereka gelandangan tapi boleh selalu belanja saya makan-makan, yang paling saya ingat sampai sekarang waktu saya demam. Abg yusof siap bawa saya pekena sup kambing dan memang  kebah lepas kena sup kambing tu!. 

Sesekali terkenang, kenapa mereka begitu baik dengan saya? siapa mereka? di mana mereka sekarang? kehidupan di kota yang sangat merisaukan tambah-tambah bila terdedah dengan pelbagai cabaran di usia yang muda saya seolah-olah ada keluarga besar yang sedia membantu jika saya ada masalah. Jika orang lama di Pudu pasti kenal dengan Abang Zack, peniaga kedai bundle ada seorang adik perempuan. Sekali tengok Abg Zack ni memang nampak ala-ala gengster, badan besar, rambut panjang dan dengar dia cakap memang gengster lah!, ayat dia yang best, kalau ada org pau kau ajak jadi penagih kau panggil aku. 

Ada satu hari adik abang zack ni belanja saya makan, kemudian ada seorang juga rakan-rakan situ yang berkata. Tak semua orang berani keluar makan dengan adik Abang Zack, kemudian dia gelak. Saya pun tak faham maksudnya masa tu. Org belanja, saya makan saja lah! Lagi orang baik dalam hidup di ibu kota. 

Tidak cukup dengan kisah itu, ada juga kenalan saya waktu tu sepasangan suami isteri gelandangan. Bagi saya mereka ini kategori gelandangan 'kaya'. Mereka tiada rumah tetapi hari-hari tidur hotel, pelik kan?!. Kadang-kadang bila habis kerja lewat, saya join juga dengan mereka tidur di hotel sambil2 dengar  kisah2 perjalanan hidup mereka.  Bermula waktu pagi menjual minyak wangi sekitar kawasan tumpuan ramai. Malam check in hotel, mungkin dapat diskaun kut hari-hari tidur hotel!. Hari minggu mereka bawa saya pergi jalan-jalan sampai ke wet world water park shah alam. Mereka sangat baik bagi saya, jaga saya macam adik sendiri..nasihat...nasihat..nasihat.. 

Itulah kisah 'gelandangan' berjiwa murni dalam hidup saya, mereka tiada rumah tapi mereka ada jiwa yang sangat suci dan murni. Pernah juga saya ke sana untuk mencari kelibat manusia berhati baik seperti ini. Di manakah mereka sekarang, saya mendoakan mereka dilindungi Allah sebagaimana mereka hadir dalam hidup saya ketika usia remaja yang terdedah dengan mara bahaya di tengah-tengah ibu kota. 

Insan sederhana di ibu kota memainkan tangggungjawab besar untuk menjaga anak muda yang baru berhijrah ke kota. Saya sentiasa ingat kalian, sehingga hari ini. 

Abang Yusof
Abang Awang
Ina Melaka
Abang Zack
Adik Abg Zack
Abang Man
Abang Apek & Isteri

Adik Suffi, Matang Luggage, Pudu Raya,  Tahun 2000. 

semoga Allah pelihara insan-insan baik ini dari sebarang kesusahan dalam kehidupan mereka. 

Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top