RuangPro 360 Memulakan Fasa Penerimaan Pengguna Bagi 20 Buah Sekolah Terawal

RuangPro 360 Memulakan Fasa Penerimaan Pengguna Bagi 20 Buah Sekolah Terawal


Panjang sikit... tapi bukan robot yang menulis ya! 

Cerita dia macam ni, hajat asal selepas make over bilik khas dengan sahabat2 di sekolah dah rasa eksklusif terus terlintas beat juga kalau ada satu sistem tempahan bilik khas gaya booking hotel! 

Alang2 environment dah cantik, letak pula dalam bentuk katalog nak tempah pun bersemangat. Maka dari situlah saya mula 'bersengkang mata' bangunkan sistem ini dengan beberapa fitur yang mirip dengan sistem tempahan hotel cuma setiap tempahan adalah percuma! kalau letak harga jenuh kena siasat haha... syok2 warga sekolah booking percuma...

Bila dah siap versi 'Stand Alone' dengan pangkalan data sendiri terfikir pula kalau orang lain nak guna macamana? kalau bilik lain pula nak guna juga macamana? kalau kawan2 sekolah lain nak guna macamana? jauh pula fikiran tu melayang... maklumlah benda boleh guna ramai buat apa guna sorang2.. 

Daripada sebuah sistem santai kini menjadi sedikit rumit ( nak buat tu yang rumit, nak guna tak rumit) ... semakin complicated... satu-satu elemen dimasukkan untuk menjadikan setiap bilik tersenarai tu nampak hebat dan memanggil-manggil orang untuk masuk... 


Daripada sistem hanya boleh tempah sahaja kita tambah setiap tempahan dipastikan tidak bertindih dengan tempahan lain, benarkan juga oengguna bagi rating habuan semangat penjaga setia bikik khas yang ada, tambah pula dengan ulasan yang mampu menaikkan semangat untuk hias bilik lebih cantik lepas ni dengan idea2 baharu, tambah sikit jumlah views untuk bilik yang tersenarai.


Sedar tak sedar... daripada nak guna seorang jadi boleh guna ramai, daripada hanya satu bilik boleh jadi unlimited bilik, daripada hanya untuk satu sekolah kini semua sekolah boleh guna, daripada masing-masing urus rekod tempahan untuk setiap bilik kini hanya perlu seorang admin mampu urus rekod untuk semua bilik khas yang ada di sekolah hanya dengan beberapa klik. Kalau setakat GB dan Pengetua nak handle sendiri pun boleh tiada masalah... boleh export rekod anytime. 

Sepanjang tempoh bangunkan sistem ni rasa bersemangat, mungkin sebab ramai berhajat nak guna kebetulan pula Allah panjangkan umur dapat bertemu dengan Ramadan lagi pada tahun ini, maka dengan mengambil berkat 1 Ramadan atas rasa syukur dengan nikmatNya sebuah sistem insyaAllah dapat memudahkan banyak pihak ini diberi nama 'RuangPro 360' dan dilancarkan pada hari ini bersamaan 1 Ramadan 1447H (19 Februari 2026) untuk menerima pengguna awal yang telah menyatakan minat seperti dalam senarai berikut : 

0. SK Pangkalan TLDM, Lumut, Perak
1. SK Sri Limau, Lunas, Kedah
2. SK Sri Gunong, Alor Setar, Kedah
3. SK Wangsa Melawati, KL
4. SK Pulau Melayu, Miri, Srwk
5. SMK Telok Kerang, Pontian, Johor
6. SK Seri Serdang
7. SK Sri Maulana, Pekan
8. SK Syed Sheh, Baling, Kedah
9. SMK Sungai Besar, Selangor
10. SMK Padungan
11. SK KUALA PERAI, PULAU PINANG 
12. SK Keru, N9
13. SMK BATU LAUT, SELANGOR
14. SK HULU BERNAM
15. SMK BADRUL ALAM SHAH,KEMAMAN, TRG
16. SK TASIK DAMAI, IPOH
17. SJKC EIK CHOON ALOR SETAR KEDAH
18. SJKC PENG MIN, ALOR SETAR KEDAH 
19. SK TUNKU MAHMOOD 2 JBB 2050
TERIMA KASIH!
20. SMK SERI SAMUDERA 

Jika sekolah anda tersenarai di atas, sila daftar segera di sistem yang tersedia kerana anda akan mendapat kelulusan eksklusif daripada saya. 

Jika sekolah anda tidak tersenarai, anda juga boleh mendaftar tetapi kelulusan akan bergantung kepada keupayaan server menampung pengguna sedia ada, insyaAllah kelulusan akan diberikan dari semasa ke semasa dan saya akan maklumkan di facebook. 

DAFTAR DAN GUNA SECARA PERCUMA SEKARANG - KLIK DI SINI

Semoga segala usaha ini membawa manfaat dan segala kebaikkan daripadanya dihadiahkan kepada semua sahabat handai dan seluruh ahli keluarga yang telah mendahului kita. Amin. 

Terima kasih di atas sokongan anda untuk saya terus berkarya, terus menyala! 

Perhatian : Sekolah yang tersenarai adalah pengguna rintis untuk melihat keupayaan sistem dan server menampung penggunaan dan sebarang ralat yang muncul, kelulusan untuk sekolah-sekolah lain akan dibuat secara berperingkat mengikut keupayaan dan kemampuan server menampung pengguna, yang awal sentiasa untung! 

Sekolah-sekolah yang tersenarai merupakan pengguna perintis bagi menilai keupayaan sistem serta kestabilan pelayan dalam menampung penggunaan sebenar, termasuk pengesanan dan penambahbaikan sebarang ralat yang mungkin berlaku. Kelulusan untuk penyertaan sekolah-sekolah lain akan dilaksanakan secara berperingkat, tertakluk kepada keupayaan dan kapasiti pelayan bagi memastikan prestasi sistem yang optimum.

#TerusMenyala
#akademiyoutuber 
#edufluencersperak 
#edufluencerskpm 
#cikgusuffi
#kitabantukita  




Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top
Join Our Group