eDidikMalaysia menghargai NIMstudy sebagai sebuah inovasi

eDidikMalaysia menghargai NIMstudy sebagai sebuah inovasi

Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!


Jutaan terima kasih kepada Team eDidik Malaysia yang memberikan saya Sijil Penghargaan di atas perkongsian NIMstudy untuk membantu guru dan murid mendapat markah penuh dalam UPSR 2019. 

Inovasi seperti ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja sekiranya sanggup berkorban masa dan tenaga. Di sini saya kongsikan sedikit pengalaman saya untuk menyiapkan tiga set soalan ini. 

Untuk siapkan tiga set soalan ini saya mengorbankan 4 hari masa lapang saya untuk menyiapkannya dengan melalui beberapa fasa penting seperti fasa suntingan imej, fasa membina soalan online dan fasa memadankan jawapan.


Diantara fasa yang paling mencabar ialah fasa suntingan dan membina soalan di Google Form. Cabarannya ialah saya perlu menyusun semua soalan 'tanpa silap', memerlukan sangat ketelitian supaya tidak timbul masalah kemudian hari. Sekiranya masih ada terjumpa kesilapan, maafkan saya. Sehingga kini saya yakin 99% setiap soalan disusun dan dipadankan dengan jawapan yang betul. 

Terima kasih juga kepada yang 'menghargai' usaha saya ini. Penghargaan anda ibarat bahan bakar berkualiti tinggi membakar semangat ini untuk terus berikan sumbangan yang lebih baik kepada institusi pendidikan.

Terima Kasih eDidikMalaysia



Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top