Tak ada hadiah nak bagi cikgu??

Tak ada hadiah nak bagi cikgu??

Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!



Tak ada hadiah nak bagi cikgu??!!

Hari ini 16 Mei 2019, tarikh keramat sambutan hari guru seluruh negara.

Seperti biasa, setiap murid akan datang ke sekolah masing-masing membawa hadiah untuk guru.

Ada seorang murid datang berjumpa dan berkata, cikgu.. saya tak ada hadiah nak bagi cikgu.

Apa??! Tak ada hadiah nak bagi cikgu?? Soalku kepadanya.

Dia pun tertunduk seakan-akan malu kerana tidak membawa hadiah untuk cikgu. Sebelum dia pergi lebih jauh dalam fikirannya, aku pun berkata.. sebenarnya hadiah lebih berharga hari-hari kamu bawa cuma tak nak bagi kepada cikgu.

Hah! Apa dia cikgu??!

Kamu ikut apa yang cikgu cakap...

Saya berjanji, akan belajar rajin-rajin, sampai berjaya.

Dia pun ikut dengan penuh keikhlasan...

Itu lah hadiah yang paling bermakna untuk cikgu, cikgu tak minta apa-apa hadiah daripada kamu. Cukuplah berjanji akan belajar rajin-rajin.. bila kamu berjaya nanti, itulah hadiah yang paling hebat untuk guru dan ibu bapa.

Riak wajahnya kembali ceria, mungkin kegusaran dan kekesalan tidak dapat membawa hadiah membelenggu fikirannya sebelum ini.

Dulu pun cikgu biasa menjadi murid, tiada wang lebih, tak mampu beli hadiah, tapi cikgu ada kaki dan tangan, cikgu ada tenaga tulang empat kerat.. cikgu buat perkara-perkara baik dengan cikgu-cikgu terdahulu. Itu semua hadiah setiap hari untuk mereka yang pernah mengajar cikgu dulu.

Hormat, merendah diri, bersopan santun itu semua hadiah yang boleh kita berikan tanpa keluar modal. Jika kita tahu, kita tidak akan pernah biadap dengan guru.

Jika tidak bagaimana hanya dengan senyuman kita sudah boleh dianggap sedang bersedekah! Sedangkan kita tidak mengeluarkan apa-pa belanja untuk memberikan senyuman.

Ingat!
Hormat,.sopan santun, baik budi bicara dan senyuman itu juga hadiah yang boleh diberikan setiap hari.


















SELAMAT HARI GURU

Mengenang jasa Arwah Abah, Cikgu Yusof Shaari yang pernah mengajar semasa di sekolah rendah. Telah 15 tahun masa berlalu.

Mengenang jasa Cikgu Musalmah yang mengajar ABC sehingga pandai.

Mengenang jasa Cikgu Ramlah yang menghantar anak kecil ini yamg mungkin dalam bahaya ketika itu pulang ke rumah.

Mengenang jasa Cikgu Norhayati yang melempang pipi ini kerana membuang masa di dalam kelas.

Mengenang jasa Cikgu Azman yang merotan kaki ini kerana datang lewat ke sekolah, tapi salah seorang cikgu yang rajin belanja anak murid makan siakap tiga rasa! I follow..

Mengenang jasa Ustaz Shamsudin yang memberi sokongan padu dalam pelajaran.

Mengenang Jasa Cikgu Azli Hashim dan Isteri yang melayan karenah anak remaja ini dalam menembusi dunia dewasa.

Mengenang jasa Prof. Dr. Usman PPIK humanities USM kerana memberi tunjuk ajar dan perhatian semasa menjadi mahasiswa.

Mengenang jasa En. Syukri MPTB yang mendidik diri ini menjadi pendidik.

Mengenang jasa semua yang pernah mengajar diri ini sehingga kini.

Kita tidak mampu mengingat kesemuanya, tapi kita mampu menjadi seseorang yang akan diingati...

Hormat, budi bicara, rendah diri, sopan santun, senyum dan salam.. hadiah yang mampu kita berikan setiap hari!

SELAMAT HARI GURU

TERIMA KASIH CIKGU

Semoga guru-guru yang telah meninggal dunia di tempatkan bersama-sama orang yang beriman sesuai dengan tanggungjawab mereka mewarisi pekerjaan para Nabi iaitu menyampaikan ilmu kepada manusia.
Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top