Rahsia Pokok Kelapa Pandan berbuah lebat!

Rahsia Pokok Kelapa Pandan berbuah lebat!

Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!


Genap 3 tahun, kelapa pandan yang ditanam semasa berhijrah ke Manjung telah mengeluarkan hasil. 

Di atas kegembiraan kurniaan Allah ini maka cikgu akan kongsikan RAHSIA bagaimana boleh hasilkan pokok kelapa pandan berbuah lebat dengan kos minima! 

1. Baka kelapa pandan asli
Pemilihan baka ini paling penting, jangan beli ikut dan tanpa memeriksa. Cara periksa baka asli, hanya perlu patahkan akarnya sedikit dan bau, jika bau pandan! Keasliannya terjamin. Jika tidak bau pandan, ambil lah yang lain. 

2. Pengairan
Mana2 pokok pun nak air, kalau tak cukup air boleh mati atau lambat pertumbuhan. Beza sangat ketara kawasan cukup air dengan kawasan tak cukup air.

3. Pembajaan
Pembajaan minima untuk bekalan nutrien cukup diperlukan pokok kelapa. Cikgu gunakan baja urea butiran. 

4. Pendebungaan 
Kawasan ini memang banyak semut, setiap mayang yang keluar pasti ada semut, jadi semut ini adalah ejen pendebungaan terbaik! Jika anda gunakan racun serangga ejen2 ini akan mati dan peratusan putik menjalani pendebungaan sempurna pasti akan terganggu. Jika tiada ejen, boleh buat pndebungaan berbantu. 

5. Kawalan makhluk perosak
Perosak pertama ialah Babi, perosak kedua kumbang tanduk.. kedua2 perosak ini boleh dimusnahkan dengan Furadan melalui kaedah berbeza. 

Serangan babi boleh digunakan dengan mencampurkan furadan dalam sisa makanan/umpan. Pagar pun lagi bagus, pastikan dia tak boleh masuk.

Manakala kumbang tanduk dia cukup suka tebuk bahagian pucuk, jika dia buat terowong sampai ke umbut, habis pokok pasti mati. Jadi ambil satu sudu teh furadan dan tuang dalam pelepah paling atas. Tahun kedua dia akan buat serangan, bila dah keluar buah jangan letak lagi, takut pula nak makan nanti. 

Tak Tulis Nanti Lupa
Dah Tulis Moga Berguna
Berkat dalam dunia pertanian
Beroleh pahala berpanjangan

Peringkat tumbesaran kelapa pandan

Buat apa susah-susah benda boleh beli? 

Beli rasa lain, tanam sendiri rasa lain

Beli = dapat kelapa pandan + keluar duit
Tanam = dapat kelapa pandan + dapat  free + dapat Nikmat + dapat bersedekah 











Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top