Kesinambungan daripada masalah kekuningan yang lalu, diantara masalah yang dijangkakan adalah kekurangan nutrien Boron dan Manganese, kekurangan ini juga boleh berpunca daripada air yang tidak mencukupi, iaitu kadar siraman yang tidak tepat.. apa yang diusahakan adalah dengan mengukur semula kadar jumlah air yang tepat dari semasa ke semasa... kali ini ukuran mendapati kadar siraman sehingga air menitis dari polybag memakan masa 2.45 minit.. kadar sebelumnya adalah 1.00 minit? nampak??? 1.45 minit kadar siraman tidak tepat menyebabkan pokok menunjuk unsur.... selesai! masalah kekuningan...
MASALAH SETERUSNYA!
BUNGA GUGUR SEBELUM KEMBANG
DIAGNOSIS :
TIDAK CUKUP AIR?
AIR TELAH DIKAJI, DAN FAKTOR INI DIGUGURKAN...
TERLEBIH AIR?
AIR DIPERLUKAN 2.45 MINIT, TIMER SET 3.00 MINIT.. HANYA 15 SAAT LEBIH, TIDAK LOGIK, FAKTOR INI DIGUGURKAN.
TIDAK CUKUP NUTRIEN?
MUNGKIN! SEBELUM INI PADA BACAAN 2.0 EC SEHINGGA DAUN TERBAKAR, SEKARANG DITURUNKAN KEPADA 1.6EC.. MUNGKIN KEKURANGAN NUTRIEN PUNCA BUNGA YANG BAKAL MENJADI BUAH GUGUR.
TINDAKAN :
NAIKKAN DOS KEPADA 1.8EC ATAU 2.0EC..
SEMBUR FOLIAR PENGGALAK BUNGA DAN BUAH.. BOLEH GUNAKAN FFJ(PISANG).
CUACA SANGAT PANAS?
MEMANG CUACA SEKARANG SANGAT-SANGAT PANAS, BOLEH MENJADI FAKTOR... TAPI TIADA APA YANG BOLEH DIUBAH... BERTAWAKAL SEKIRANYA INI FAKTORNYA..
Catat Ulasan